Hari ini cuaca redup seolah memanggil keluar untuk misi mencari batu tanda aras dan batu sempadan negeri. Memikir dua kali untuk ke Pulau Carey walaupun ada tiga belon yang telah jatuh ke darat.
Atas culvert stesen tanda aras B 1495 sebelah Jalan Reko. Laluan ini sering dilalui ketika waktu malam pulang dari Cheras ke Bangi.
Plate turut terdapat kesan cat putih bagi culvet milik Jabatan Bekalan Air. Plate di atas culvet atau konkrit JBA biasanya saiz lebih kecil berbanding BM yang biasa.
Pemandangan yang jelas menunjukkan plate di atas konkrit milik JBA. Ini menggambarkan lebih selamat kerana kedudukan lebih tinggi. Perasan bolt di atas konkrit pastilah ia merupakan stesen tanda aras.
Lebih meyakinkan lagi bahawa tulisan 'BM' yang disembur cat biru itu. Perasan beberapa hari lalu. Ada kelapangan pagi ini terus menerjah datang ke sini. Meletak kereta di tempat letak kereta tapak downtown. Melintas jalan seberang ke penutup paip utama tepi jalan ini.
BM#172 stesen tanda aras B 1495 berjaya ditemui di Jalan Reko. Kebanyakan stesen tanda aras di laluan ini sukar dicari. Pembangunan pesat di bahu jalan kemungkinan penyebab utama hilang. Koordinat 2.966759 darjah Utara dan 101.790439 darjah Timur.
Ramp D 0.5 SKVE susur keluar ke Putrajaya dari arah Puchong. Batu tanda aras di tepi longkang berkedudukan tepi cerun.
Kereta diletakkan bahu dalam mempunyai ruang agak luas jauh dari jalan. Kemudian terpaksalah melangkah longkang dan sedikit mendaki.
BM#173 stesen tanda aras B 7000 menambah koleksi siri 7000 sepanjang laluan FT030. Bermula berjaya diperolehi; B 7000, B 7002, B 7003, B 7004, B 7005, B 7007, dan B 7009.
Batu tanda aras B 7000 dikelilingi pokok spisies paku-pakis. Pemandangan pembangunan sekitar IOI City. Koordinat 2.970953 darjah Utara dan 101.720102 darjah Timur.
Seterusnya ke Persiaran Timur sekali lagi. Khamis lepas semasa cuti Nuzul Al-Quran berjaya mendapat 10 stesen. Pada hari ini berjaya mendapat tiga stesen keseluruhannya. Stesen terakhir ini terletak di susur keluar dari simpang Presint 15. Ada kerja-kerja pembinaan di bahu jalan.
BM#174 stesen tanda aras F 7001 melengkapkan 4 koleksi untuk Putrajaya. Kemungkinan stesen sebelum ini yang tidak dapat dicapai adalah F 7000. Koleksi bagi Putrajaya bagi laluan FT030 adalah F 7000, F 7001, F 7003, F 7004 dan F 7005. Koordinat 2.940880 darjah Utara dan 101.714583 darjah Timur.
Selesai merekod di Persiaran Timur terus menghala ke Presint 11 pula. Misi mencari batu sempadan bermula. Turun sebelah kanan hingga jumpa bulatan Sungai Anak Gajah yang banyak treler minyak lalu-lalang. Memandu hingga Persiaran Harmoni dan berpatah balik. Sebelum itu terlihat tulisan TBM pada culvet JBA. Hasil siasatan tiada plate hanya sebatang paku sebagai penanda sahaja.
Kemudian terlihat batu putih sepanjang jalan itu. Terdetik dalam hati kemungkinan itu merupakan tiang batu sempadan. Mencari bahu jalan yang selamat untuk kereta diparkirkan. Maklumlah laluan ini kerap digunakan lori minyak bagi menambah bekalannya. Ada satu depoh minyak yang terletak dilaluan ini.
Melintas pergi ke tiang batu pertama ternyata tertera WPPJ dan belakangnya tertera SEL bermaksud negeri Selangor. Sebelah tepi tertera nombor siri batu tanda sempadan negeri ini. Tulisan hitam dan dicat putih keseluruhan batu. Batu tanda sempadan negeri bernombor siri 2/120 berjaya dijumpa.
Batu kedua adalah stesen 2/121 apabila bergerak ke arah bulatan Sungai Anak Gajah. Kawasan sempadan ini telah ditanam pokok hutan serta dilabelkan. Sebelah Selangor pula kawasan semak . Zon penampan ini sangat bagus mengelakkan bunyi bising landasan rel ERL sebelah belakangnya.
Bergerak kehadapan lagi berjumpa stesen 2/122 masih di bawah rimbunan pokok hutan yang ditanam secara terancang. Mudah bergerak cuma ranting-ranting yang berguguran agak mengganggu langkah untuk bergerak lancar.
Batu tanda sempadan negeri ini beberapa meter sahaja dari jalan utama. SEL merujuk kepada kawasan negeri Selangor. Manakala dihadapan kawasan jalan tersebut berada dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kawasan rumput berlalang stesen 2/123. Kawasan atas rumput mudah dilihat. Malangnya kalau lalang sangat tebal pasti batu sempadan ini akan tenggelam dan sukar dikesan.
Begitu juga bergerak kehadapan lagi masih kawasan rumput berlalang stesen 2/124. Terpaksa membersihkan sekitar batu untuk mendokumentasi.
Kawasan bawah pokok bersempadanan dengan semak berdiri megah stesen 2/125. Tulisan seperti diubah atau dicat semula dan tidak kemas. Kemudian berpatah balik ke stesen pertama kali dijumpai tadi stesen 2/120 dan koordinat 2.969688 darjah Utara dan 101.668848 darjah Timur.
Kemudian bergerak ke arah Depoh minyak pula. Berjumpa pokok yang dicat merah dengan tertulis HZ 2/119. LOkasi batu tanda sempadan berada dibelakang pokok itu. Keadaan mendaki sedikit di sempadan kawasan pokok dan semak.
Berjaya mendaki sedikit bagi mencapai stesen 2/119. Terdapat kesan laluan oleh pekerja JUPEM. Kebanyakan batu sempadan ini telah ditandakan kayu yang bercat merah di bahagian atasnya.
Stesen 2/118 kelihatan pokok resam di keliling. Agak bersemak dengan kayu-kayu gugur di lantai tanah.
Stesen berikutnya 2/116. Kemungkinan terlepas 2/117. Tapi mustahil kerana jarak 2/118 dan 2/116 tidaklah terlalu jauh. Kawasan bawah pokok yang kelihatan agak lapang dan mudah dilalui.
Seterusnya stesen 2/115 keliling daun mati menggambarkan pokok-pokok tumbuh subur di kawasan zon penampan ini.
Pencarian terakhir hingga batu tanda sempadan ini sahaja. Malangnya tiada tertera nombor siri. Kemungkinan ini adalah stesen 2/214. Terletak dilereng tanah yang agak tinggi. Seterusnya berpatah balik ke kereta semula.
Memandu kehadapan lagi bertemu stesen 2/126 atau 2/128. Ukiran angka agak mengelirukan. Lokasi tepi jalan di bawah talian voltan tinggi TNB. Lori tangki minyak turut melepasi laluan ini.
Batu sempadan negeri terlalu hampir dengan jalan. Jalan yang dibina mengikut ukuran sempadan. Jikalau terlihat batu putih seperti ini di mana-mana. Tahulah bahawa ini merupakan batu tanda sempadan negeri.
Seterusnya bergerak ke Persiaran Utara. Telah nampak batu sempadan yang besar ketika berada di selekoh masuk ke Persiaran Utara. Bergerak ke hadapan sedikit bagi mencari parkir yang selamat. Lorong sikal yang tidak digunakan menjadi lokasi selamat untuk kereta diparkirkan. Stesen pertama di sini adalah 2/64 bawah pembahagi jalan.
Siap ada semburan cat merah tertulis 2/63 bersama anak panah menunjukkan lokasi batu ini bertentang di atas jalan. Sudah pastilah mudah mencarinya dengan bantuan sebegini. Kemungkinan semasa pembinaan batu tanda sempadan ini telah ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja dilaksanakan.
Terus melangkau dua stesen kepada 2/60. Perasan tadi ada satu stesen telah ditandakan di atas jalan raya. Kemungkinan 2/61 atau 2/62. Kedudukan stesen ini berdekatan kawasan sempadan tanah. Rumput-rumpai tumbuh keliling kawasan tersebut.
Kedudukan stesen 2/60 dikelilingi resam. Nasib baik dapat dikesan. Jikalau terlalu semak pasti terlepas batu tanda ini. Jadual penyelenggaraan perlu dilaksanakan bagi memasti keadaan persekitaran terkawal. Pasti batu tanda sempadan ini akan ditelan resam yang tumbuh meliar.
Stesen berikutnya 2/59 berada di belakang penghadang yang telah tinggal tiang sahaja. Laluan sikal tidak lagi digunakan. Bersebelahan juga dengan longkang di atas tanah merah berbatu kelikir.
Stesen tanda sempadan negeri 2/58 berada di bawah pokok. Kelihatan daun-daun mati memenuhi atas tanah. Bersebelahan longkang juga.
Stesen seterusnya 2/57 masih berada di bawah teduhan pokok. Belakang terdapat rumpun resam. Selari dengan longkang dan penghadang jalan yang tinggal tiang sahaja. Daun-daun kering memenuhi lantai.
Bergerak beberapa langkah ke hadapan bertemu stesen 2/56. Masih persekitaran keliling pokok. Bersempadanan dengan rumpun resam. Jelas kelihatan longkang dan tiang penghadang sahaja.
Stesen berikut ditandakan pada konkrit longkang. Titik ukuran sempadan berada tepat pada longkang tersebut. Ini menyebabkan ia ditandakan paku berpalang serta disembur cat merah. Nombor siri 2/55 tertera juga atas longkang tersebut.
Berada kawasan rumput yang semakin bersemak adalah stesen 2/54. Nasib baiklah batu ini dicat warna putih. Pastilah ia mudah dikesan waima sewaktu memandupun.
Bertentangan tidak beberapa jauh kelihatan stesen berikutnya 2/53 di atas rumput bersebelahan longkang.
Penghujungnya pastilah yang dicari batu tanda sempadan negeri yang ada plat ini. Boleh dilihat kawasan negeri Selangor di bahagian atas. Manakala bahagian bawah bersegi tiga merupakan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Batu tanda ini terletak penjuru sempadan di Persiaran Utara.
Manakala tertera Selangor menghadap Persiaran Utara. Terlupa nak periksa bahagian lantai tarikh monumen ini dibina. Pasti batu tanda berplate ini menjadi sasaran pencarian seterusnya. Koordinat 2.944200 darjah Utara dan 101.664833 darjah Timur.
Pemandangan rel ERL salah satu batu tanda sempadan negeri. Stesen 2/54 dan 2/53 berada di kawasan berumput hijau memudahkan dilihat. Berjaya mendapat 23 tanda sempadan. Satu batu besar berplate dan satu tanda di atas konkrit longkang. Selebihnya batu tiang tanda aras sempadan yang kecil.
Pasti misi pemburuan batu sempadan negeri seperti ini akan diteruskan di samping stesen tanda aras. Pemburuan belon agak terhad kerana pertukaran monsun ini masih ke laut juga.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment