Stesen tanda aras yang pertama jumpa sewaktu ke Riverine Survivial Park telah berjaya dijumpai berdekatan jalan masuk ke Kampung Orang Asli. Ada kerja-kerja di sekitar batu tanda aras.
BM#151 stesen tanda aras B 63063 di jalan masuk Kampung Orang Asli. Koordinat adalah 2.848096 darjah Utara dan 101.410444 darjah Timur.
Selepas pulang dari Riverine Survival Park ke Tanjung Rhu berjaya jumpa dua lagi stesen tanda aras. Berhampiran jalan Kampung Sungai Bumbun terlihat satu batu tanda aras.
BM#152 stesen tanda aras B 63066 Kampung Sungai Bumbun. Koordinat adalah 2.843504 darjah Utara dan 101.408550 darjah Timur.
Seterusnya jumpa lagi satu batu tanda aras. Nombor siri lama berturutan dengan yang sebelum ini iaitu B 63067. Manakala stesen tanda aras B 5553 adalah yang baru.
BM#153 stesen tanda aras B 5553 di Pulau Carey jalan menghala ke Tanjung Rhu. Koordinat 2,847486 darjah Utara dan 101.380491 darjah Timur.
Kemudian menghala ke Jenjarom dapat satu lagi batu tanda aras berdekatan stesen minyak Petronas. Stesen tanda aras B 5546 berhampiran papan tanda Taman Rambai Indah, Sungai Rambai. BM#154 stesen tanda aras B 5546 di Sungai Rambai. Koordinat adalah 2.884976 darjah Utara dan 101.492059 darjah Timur.
Kedudukan stesen tanda aras B 5546 antara papan tanda Taman dan Panel kuasa lampu jalan. Sebenarnya ada tiga lagi batu tanda aras di Pulau Carey tidak sempat untuk didokumentasi kerana kesuntukan masa. Ada kelapangan lain hari boleh cuba lagi mendapatkannya.
Satu di hadapan Kilang Minyak Kelapa Sawit. Lagi satu hala ke Jenjarom dari Tanjung Rhu sebelaum kilang. Yang ketiga dari Amverton Cove menghala ke Tanjung Rhu.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment