Animal Island @ Pulau Carey


 Animal Island sebelah rumah kelab golf. Sebenarnya pulau ini berada di keliling Amverton Cove Golf & Island Resort.


Pemandangan Bukit Jugra dari tasik Amverton Cove. Pusat ini turut menyediakan kemudahan rekreasi air yang lain. Menurut pekerja pusat ini  air tasik semakin surut kerana cuaca panas yang melanda kini. Susah untuk menaiki permainan air tersebut kerana tebing terlalu cetek  susah hendak mengayuh ke tengah tasik.


Kenderaan air yang boleh dikayuh tersadai tidak boleh dinaiki pengunjung kerana terlalu sukar untuk mengayuh keluar tebing. Tebing tasik tanpa ada pelantar.


Inilah bot yang akan membawa seberang ke Pulau di sebelah seberang sana. Air tasik tenang sahaja jam 4 petang ketika itu. Cuaca redup dan mendung selepas hujan.


Pemandangan pulau yang kelihatan  di hadapan yang banyak pokok itu. Sebenarnya bukanlah pulau. Hanya tanah yang seperti pulau kedudukannya. Menaiki bot rasalah macam pergi ke pulau.


Bersedia hendak menyeberang ke Pulau Haiwan. Menunggu lama juga sehingga pekerja memanggil di kaunter untuk memakai jaket keselamatan.


Pemandangan jambatan batu menghubungkan padang golf dari rumah kelab. Hidupan air dan tanaman akuatik hidup bebas.


Damia berlatar belakang tasik sebelum menyeberang ke pulau. Terdapat banyak juga ikan di dalam tasik ini.


Angsa yang boleh kayuh membawa sekitar tasik. Bot pekerja bagi tujuan penyelenggaran tasik dan kecemasan.


Ini bukan pelantar jeti. Inilah bot yang membawa ke pulau tersebut. Sekadar ada dua bangku panjang sahaja untuk duduk.


Rakaman video perjalanan ke seberang pulau. Pemandang sekitar tasik yang indah menenangkan jiwa.


Tikus belanda yang comel mengerumuni makanan. Bebas bergerak ke sana-sini. Pengunjung juga boleh memegang dan membelai haiwan yang comel.


Haiwan dalam sangkar Iguana yang agk kecil berbanding yang biasa dijumpai.


Haiwan  yang jinak ini lebih besar berbanding ditemui Pantai Remis tempoh lalu. Cekap mengambil potongan lobak.


Berebut mengambil potongan lobak. Sangat aktis memanjat ke sana-sini dalam kurungan tersebut.


Haiwan yang comel ini bernama Marmoset. Spisies Monyet yang kecil rupanya. Boleh baca maklumat tentang haiwan comel pada papan info yang disediakan.


Prairie dog juga haiwan yang comel dan bijak. Rodensia keluarga tupai sangat aktif.


Merayau-rayau meminta makan apabila dihulurkan.


Kurungan rusa juga terdapat di sini. Sebelahnya pula tempat menunggang kuda.


Ada tiga ekor rusa dalam kandangnya.


Kura-kura turut ada di sini untuk tatapan pengunjung.

Pemandangan rumah kelab dari Pulau Haiwan.


Tempat landak mengikut ekosistem dan habitatnya.


Memerang berdiri meminta makanan. Sangat bising dengan harapan makanan dapat diberikan.

Memerang tersebut berenang mengambil makanan yang jatuh ke dalam air.


Pasangan memerang ini berdiri menunggu dengan penuh kesabaran meminta makanan. Mulut bising menandakan kelaparan.


Dua ekor anak kambing yang comel ini masuk ke dalam kandangnya. Damia cuba mengejar dan menangkap tetapi gagal. Kedua ekor kambing ini sangat lincah dan aktif. Aksi berkejar-kejaran serta melompat ke sana-sini amat mencuit hati.

Reban ayam yang berpagar dan dibelakangnya kelihatan dua ekor kuda.

Kuda ditambat sangat bersopan-santun dan baik perilaku kepada pengunjung. Aktiviti memberi makan terhadap haiwan antara yang menyeronokkan. Sayang makan yang dibekalkan amat sikit. Kebiasaannya tempat lain boleh membeli lagi jikalau sudah habis makanan tersebut. Ini tidak menyeronokkan bagi Damia.


Rasanya kuda ini digunakan untuk aktiviti menunggang. Petang itu, ditempatnya tiada pula kuda berada di situ. Mungkin tamat tempoh bagi aktiviti menunggang kuda. Damia berhasrat menunggangnya jika aktiviti ini disediakan. Pantang ada aktiviti menunggang kuda pasti ingin dicubanya.

Kuda yang ketiga terpinggir jauh dari rakannya menghadap rumah kelab. Mewah dengan rumput yang menghijau pasti menyelerakan.


Hypo Red Bearded Dragon juga sering ditemui di taman-taman haiwan. Pernah jumpa yang lebih besar daripada yang ini lagi.


Meerkat haiwan yang comel lagi keletah. Tinggal dalam lubang mudah menyorok dari diganggu orang.


Kambing ini satu-satu haiwan yang bergerak bebas di Pulau Haiwan ini. Meminta makanan kepada pengunjung. Selalu menyelongkar apa-apa bungkusan yang disangka ada makanan.

Selamat Berkunjunga ke Pulau Haiwan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...