Stesen tanda aras atas konkrit JBA


 Pada hari Khamis 7 Mac 2024, selepas balik dari saltmine berjaya mendapat empat lagi stesen tanda aras. Selepas makan di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras terus masuk SKVE melalui Mines.


Stesen Tanda Aras pertama yang ditemui adalah B 62053. Stesen ini berada di simpang Mardi. Sebelum simpang Putrajaya. Sebelum simpang ini juga terdapat satu stesen tanda aras. Tiada bahu jalan sekadar lorong kecemasan amat sukar untuk meletakkan kereta. Jadi, hasrat terpendam sahaja untuk pergi mendekati batu tanda aras itu.


Kereta diletakkan ditepi selekoh bahu jalan yang agak luas. Berjalan kaki berpatah balik naik ke simpang semula. Cara ini lebih selamat berbanding berhenti di lorong kecemasan. Lebuhraya SKVE ini sangat sesak terutama pengguna motorsikal yang menggunakan laluan tepi lorong kecemasan. BM#155 stesen tanda aras B 62053 koordinat adalah 2.972975 darjah Utara dan 101.686825 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke Pekan Dengkil serta belok ke kanan menghala ke Bukit Changgang. Simpang Paya Indah Wetland terdapat satu stesen tanda aras. BM#156 stesen tanda aras B 5253 yang lama (B 5683).


Batu tanda aras bersebelahan pokok bunga kertas. Agar sukar dilihat. Entah macam mana tertoleh pada simpang ini ketika pergi ke Survival Park yang lepas bersama harmonic. Pernah terbaca di laman sesawang Jupem. Memang ada satu stesen tanda aras di simpang ini.


Papan tanda Paya Indah Wetlands terletaknya satu stesen tanda aras. Kedudukan antara celah papan tanda dan pokok bunga kertas. Kereta letak di tepi bahu jalan menghala ke Wetlands. Berpatah balik berjalan kaki beberapa langkah sahaja.


Koordinat simpang Paya Indah Wetlands 2.845069 darjah Utara dan 101.645560 darjah Timur. Kemudian memandu ke Masjid Kampung Bukit Changgang untuk Solat Zohor terlebih dahulu. Usai solat berpatah balik ke Dengkil semula untuk menghala ke Cyberjaya pula.



Naik ke simpang Cyberjaya dari Dengkil berdekatan belakang Bomba. Satu stesen tanda aras berada di persimpangan lampu isyarat tersebut. Pemandangan menghadap Sekolah Seri Putri.


BM#157 stsesn tanda aras B 7011 yang lama (W 51129). Koordinat 2.911738 dahjah Utara dan 101.659970 darjah Utara.


Pemandangan menghadap Balai Bomba Cyberjaya. Kereta diletakkan sebelah Balai Bomba tersebut. Terpaksa berjalan kaki ke simpang untuk mendokumentasi penemuan. Sebenarnya, sebelum dan selepas simpang ini terdapat satu stesen tanda aras. Sayangnya hanya ada laluan kecemasan sahaja pasti sukar untuk memberhentikan kereta. Dua stesen tanda aras telah diabaikan.


Seterusnya memandu ke arah Putrajaya. Membuat pusingan U di Persiaran APEC sebelum stesen MRT Cyberjaya. Kemudian masuk semula laluan FT029 dan masuk pula di Persiaran Utara. Selepas Persiaran Utara masuk ke Persiaran Barat. Selekoh permulaan Persiaran ini terdapat satu batu tanda aras. Lagi satu ada di hadapan. Dua batu tanda aras di sini juga tidak dapat dikunjungi. Hanya ada laluan kecemasan juga. Jumlah batu tanda aras yang terlepas adalah sebanyak empat buah.


Batu tanda aras yang lain daripada yang lain ini ditemui berhampiran kuarters Agensi Nuklear Malaysia. Batu tanda aras di atas konkrit JBA Selangor. Pada mula menjangkakan TBM sahaja. Rupanya batu tanda aras sebenar. BM#158 stesen tanda aras B 2011 yang pertama kali  jumpa dibina  atas konkrit JBA.


Selepas ini, kokrit JBA seperti ini harus diberi perhatian juga. Manalah tahu batu tanda aras turut dibina seperti yang ini. Koordinat 2.898368 darjah Utara dan 101.759209 darjah Timur.


Kejayaan kali disebabkan batu tanda aras telah dikesan terlebih dahulu. Oleh kerana ada kelapangan, misi pencarian disambung semula. Hasil daripada  kali ini, dapat juga jumpa yang baru.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...