Ternyata sahlah bahawa pihak UKM sedang membuat kajian berkaitan dengan lapisan ozon. Merujuk kepada laman sesawang SondeHub terdapat tiga belon ozon telah dilepaskan pada hari kedua ini.
Belon ozon pertama iMet-4 51845E8A berakhir jam 11:55:24 pagi bertarikh 5 Mac 2024. Altitud ketinggian terakhir adalah 1,125m dan ketinggian maksimum adalah 34,854m. Koordinat 3.1201 darjah Utara dan 100.86275 darjah Timur. Stesen radiosonde terakhir mencerap adalah 9M2TPT di frekuensi 404.9980 MHz.
Belon ozon kedua iMet-4 0C3A9975 berakhir jam 11:25:13 pagi. Altitud ketinggian terakhir sangat tinggi 9,740m dan ketinggian maksimum adalah 31,275m. Koordinat 3.10452 darjah Utara dan 101.00391 darjah Timur. Stesen radiosonde terakhir mencerap adalah 9W2XOR di frekeuensi 405.000 MHz.
Belon ozon yang ketiga sebelah petang berakhir jam 16:13:39. Altitud ketinggian terakhir 500m dan ketinggian maksimum adalah 33,075m. Koordinat 3.06177 daraj Utara dan 101.13226 darjah Timur. Stesen radiosonde yang berjaya mencerap 9M2TPT di frekuensi 404.4960 MHz.
Tidak pasti esok masih lagi dilepaskan belon ozon lagi atau tidak. Pastinya pemburu belon akan membuat pemantauan.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment