UKM melancarkan radiosonde iMET-4


 Tengah hari ini dipercayai pihak UKM Bangi telah melancarkan dua belon kaji cuaca. Ketika ini ozonesonde masih lagi terbang menghala ke Selat Melaka. Belon pertama radiosonde iMet-4 39817EF2 telah mendarat jam 14:00:19 di Selat Melaka. Altitud ketinggian terakhir 665m dan ketinggian maksimum adalah 23,306m. Koordinat 3.14243 darjah Utara dan 101.0254 darjah Timur.


Manakala belon yang kedua dilepaskan adalah ozonsonde iMet-4 7BC1C2A3 yang masih terbang ketika entri ini ditulis. Jenis radiosonde iMet-4 dikilangkan oleh InterMet Systems dan jenis ozonesonde adalah Xdata Instrument. Frekuensi yang dicerap pelbagai stesen radiosonde seperti 9M2TPT(403.9970MHz), 9W2MDZ(403.9960MHz), 9W2XOR(403.9990MHz) dan Space Exploration(403.9950MHz)

credit 9M2TPT

Jejak menunjukan belon ini dilepaskan di ruang udara UKM Bangi. Tidak pasti Fakulti Sains Teknologi yang melepaskannya atau tidak. Belon yang pertama dapat dikesan di ruang udara Teras Jernang. Belon ozonesonde dikesan ruang udara UKM itu sendiri. 


Pasti pahak UKM membuat kajian cuaca di atmosfera terutama cuaca panas ketika ini. Universiti awam pertama yang dikesan pemburu belon melepaskan radiosonde dan ozonesonde. Sebelum ini hanya pihak keselamatan di Gemas melepaskan belon kaji cuaca yang dikesan oleh pemburu belon. Untungnya radiosonde iMet-4 dapat dibaca oleh auto-rx. Maka, mudahlah pemburu belon memantau di SondeHub tracker.

credit 9M2ZAK

Pasti model iMet-4 ini menjadi idaman setiap pemburu belon untuk menambah koleksi radiosonde masing-masing. Sayangnya, musim ini belon masih ke arah laut lagi.


Jam 16:43 petang ozonesonde iMet-4 7BC1C2A3 telah mendarat. Altitud ketinggian terakhir adalah 1,954m dan ketinggian maksimum adalah 34,842m. Koordinat adalah 3.04718 darjah Utara dan 100.94178 darjah Timur. Stesen radiosonde yang terakhir mencerap adalah 9M2TPT di frekuensi 403.9970 MHz

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...