Hari ketiga belon UKM iMet-4 301979CC


 Hari ketiga belon ozon UKM telah dilepaskan. Secara tidak sengaja berada di simpang Bangi Wonderland telah melihat belon kaji cuaca terbang dari kawasan UKM Bangi. Waktu itu jam 9:11 pagi melihat dengan jelas belon kaji cuaca baru sahaja berlepas ke udara UKM Bangi.


Sayangnya, ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau tidak sempat untuk mengambil video. Kemudian berhenti di sebelah Bangi Wonderland untuk merakam detik-detik belon kaji cuaca terbang ke udara. Kamera main tala sahaja jikalau lensa tepat ke sasaran merakam belon. Setelah disemak ternyata pergerakan belon yang halus berjaya dirakam setelah waktu itu  zoom sedikit.


Rakaman video belon kaji cuaca terbang di udara di Bangi Wonderland. Ketika ini, belon sudah agak jauh namun pergerakan yang halus berjaya juga dirakam.


Penulis pernah menghadiri dua kali pelancaran belon beraltitud tinggi di Perak beberapa tahun lalu. Pengalaman itu membuatkan penulis yakin yang itu sememangnya belon dan bukanlah benda lain yang sedang terbang. Lagipun kedudukan penulis di Bangi Wonderland ketika itu adalah di atas bukit. Jelas dan nyata belon kaji cuaca berada di hadapan mata.


Kemudian dari Bangi Wonderland menuju ke Setia Alam Sari melalui laluan yang baru di buka beberapa hari lalu. Membawa harmonic ke taman permainan di situ. Taman Permainan tersebut juga menghadap UKM Bangi. Manalah tahu belon seterusnya turut dilancarkan.


Selepas harmonic puas bermain di taman permainan The Lawn. Pergi ke UKM Bangi mencari lokasi belon dilepaskan. Sebelum itu, singgah di Stadium UKM terlebih dahulu untuk urusan peribadi. Berpusing-pusing beberapa fakulti tidak jumpa sebarang tanda yang belon ada dilepaskan di situ.


Setelah hampir dua jam setengah penerbangan, belon ozon UKM iMet-4 301979CC telah mendarat. Isyarat terakhir jam 11:36:33 pagi jatuh di Selat Melaka seperti kebiasaannya. Ketika ini musim angin bawa belon ke Selat melaka lagi. Altitud ketinggian terakhir 920m dan ketinggian maksimum adalah 33,313m. 

Koordinat adalah 3.05444 darjah Utara dan 101.05451 darjah Timur. Stesen radiosonde yang mencerap adalah 9M2TPT di frekuensi 404.9960MHz.

Esok kita nantikan. Adakah belon ozon akan dilepaskan lagi?

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...