Bercuti di Bentong dan Janda Baik


 Cuti Maulidur Rasul baru ini berkesempatan berjalan ke Bentong dan Janda Baik. Perjalanan mudah menggunakan jalan lama Gombak sahaja laluan 68. Sempena kemerdekaan tahun ini yang ke- 68 tahun. Jalan bengkang-bengkok itu menyajikan panorama yang lebih mengasyikkan. Lebih-lebih lagi dapat melihat monyet memenuhi laluan tersebut.


Persinggahan pertama kami di Kolam Air Panas Bentong. Bersebelahan laluan ECRL. Terdapat sebuah hotel  bersebelahan kolam air panas ini juga. Berbaki 14 km ke Bentong. Sepanjang laluan Jalan lama Gombak ini kerja-kerja laluan ECRL sedang rancak berjalan. Boleh dilihat jejambat dan terowong sepanjang laluan 68 ini juga. Perlu berhati-hati terdapat laluan agak rosak kerana kerja-kerja pembinaan tersebut.


Usai berehat sebentar, perjalanan terus ke Bentong. Destinasi pertama adalah Air Terjun Chamang. Melepasi Pekan Bentong belok ke kiri mengikuti Laluan C 136. Jarak 9 km dari Bentong ke Air Terjun. Jarak dari simpang Laluan 8 ke Air Terjun adalah 7 km sahaja. Memandu perlu berhati-hati kerana banyak anjing liar berkeliaran di tepi jalan tersebut.


Perjalanan banyak mendaki menyebabkan masih bengkang-bengkok seperti Jalan Gombak tadi. Tiba sempadan Hutan terdapat Pondok Renjer. Pegawai Renjer tersebut melihat jumlah penumpang. Kami hanya berdua sahaja. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM3 sahaja. Terus bergerak hingga ke dataran tempat letak kereta.


Selepas meletak kereta, terus bergerak ke pemandangan air terjun yang indah nian. Ramai pengunjung sudah tiba lebih awal. Maklumlah cuti hari kelepasan am.  Hampir semua lot tempat kereta dipenuhi.


Terdapat gerai makanan dan minuman di situ. Oleh kerana baru tiba perjalanan jauh. Damia ingin membeli kudapan bagi mengalas perut. Sempat bergambar berlatarbelakangkan air terjun yang deras meluncur di celah-celah batu. Usai makan bergerak semula ke kawasantempat letak kereta. Tujuan kehadiran adalah untuk meninjau keadaan tempat terlebih dahulu. Sebenarnya tempat penginapan belum ditempah lagi. Hanya ke hotel secara daftar masuk sahaja.



Semasa bersiar-siar melihat kawasan persekitaran terpandang sebuah batu aras. Wah! tak sangka kawasan Eko Rimba ini turut mempunyai batu aras milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Maka, ini merupakan pertama kali menemui batu aras dari jabatan tersebut. Kebiasaannya batu aras dari Jabatan Ukur dan Peta, Jabatan Galian dan Mineral serta Jabatan Saliran Air sahaja.


Tertera pada plat batu aras tersebut adalah Bacaan GPS bagi Bukit Tinggi 03. Tarikh pembinaan tertulis September 2008. Ada juga tertera bacaan koordinat GPS tersebut.


Plat bahagian atas pula, tertera Jabatan Perhutanan Pahang, Hutan Simpan Kekal -HSK-  Bawah pula tertulis Bukit Tinggi 03. Pasti ada batu aras sebegini di kawasan Taman Eko Rimba yang lain. Hasil cerapan menggunakan aplikasi GPS Waypoint Finder bagi batu aras Bukit Tinggi 03 adalah 3.509299 darjah Utara dan 101.858323 darjah Timur.



Setelah merekod data selesai, terus ke kereta untuk mencari tempat penginapan terlebih dahulu. Berpatah balik ke Bentong melalui jalan yang sama. Tertarik pada peralatan peranti yang bertiang di tepi jalan. Mungkin alat pengesan pergerakan tanah bagi mencegah tanah runtuh. Pemanduan dari Genting Sempah hala ke Bukit Tinggi juga terlihat peranti seperti ini di tepi jalan.


Peranti sekitar Genting Sempah ke Bukit Tinggi mempunyai antena di atasnya. Tidak bagi peranti ini kelihatannya. Ada juga peranti ini diletakkan di atas tembok konkrit penghadang jalan selain bertiang seperti ini. Teknologi tinggi yang sangat baik bagi pencegahan sebelum sesuatu bencana terjadi.



No comments:

Post a Comment

Bercuti di Bentong dan Janda Baik

  Cuti Maulidur Rasul baru ini berkesempatan berjalan ke Bentong dan Janda Baik. Perjalanan mudah menggunakan jalan lama Gombak sahaja lalua...