Petang tadi berjaya mendapat satu geocache yang pertama di Putrajaya. Percubaan mencari tujuh geocache di sekitar Putrajaya sekadar hendak mencuba. Sebenarnya agar sukar juga kerana lokasinya di Taman Awam yang sentiasa dikelilingi orang ramai. Pastilah geocache tersebut disembunyikan bagi mengelakkan diambil orang.
Geocache yang dijumpai itu adalah percubaan yang terakhir. Lokasi dekat tangga agak tersorok sedikit. Maka, mudahlah ia dicari memandangkan jarang orang berada di kawasan ini. Aplikasi Geocaching ini mempunyai fungsi Navigate. Perlu aktifkan GPS terlebih dahulu agar ia dapat berfungsi dengan baik. Sebelum itu pilihlah lokasi yang ingin dicari ikon kotak hijau itu. Kemudian tekan pula tajuk sesuatu lokasi itu.Selepas tekan pasti keluar butang Navigate. Ia akan bawa kita ke tempat geocache itu.
Saya berjaya jumpa akan tekan Log Cache dan keluarlah ikon Smile di atas peta. Jika dah sampai tetapi masih tak jumpa boleh tekan butang Hint bagi mendapat klu seterusnya. Tak pasti lagi boleh baca Past Logs. Ruangan chat tersebut mungkin geocacher sebelum ini mungkin akan kongsi gambar tersebut. Jangan lupa ambil gambar sebagai bukti telah berjaya menemui geocache tersebut.
Geocache yang dijumpai dalam botol pati ayam. Kertas dimasukkan dalam plastik kedap udara bagi mengelakkan basah. Semasa buka botol tersebut pun sudah basah sedikit. Ada air telah masuk. Perlulah tulis nama dan tarikh sebagai bukti telah menjumpai geocache ini. Lupa hendak bawa pen. Hari lain terpaksalah pergi kembali untuk menulis nama dan tarikh.
Perlulah muat turun aplikasi Geocaching daripada Play Store terlebih dahulu. Setelah muat turun barulah aktiviti geocaching boleh dijalankan berdasarkan tempat yang telah dipinkan iaitu kotak hijau.
Selamat Mencuba!
Jumpa dan jumpa lagi
73, jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment