Berjaya dapat 14 lagi Geocache


 Hari ini mencuba lagi mencari geocache sebanyak mungkin. Selepas bersarapan jam 9.30 pagi telah tiba Dataran Putra. Geocache pertama adalah berhampiran dengan arca tangan. Aktifkan navigate sekali lagi bagi menentukan kedudukan sebenarnya. Geocache bersaiz kecil.


Selepas berjaya mengesan terus buka sampul yang berisi kertas Game Piece. Geocache pertama ini merupakan  senarai ketiga berjaya ditulis pada kertas tersebut. Selepas itu terus lapor kejayaan menjumpai dalam Log cache. Sertakan gambar sebagai bukti.


Tangkap layar menunjukan jam 10:15 pagi berjaya menemui geocache pertama. Selepas log cache pasti keluar ikon smiley. Titik biru merupakan tanda GPS secara Real Time. Geocache pertama ini adalah Putra Square Hide & Seek.


Kemudian bergerak semula ke geocache semalam yang belum ditulis nama. Pastikan membawa pen bagi menulis nama sebagai bukti telah berjaya menjumpai geocache tersebut. Pagi ini ramai pelancong sibuk bergambar sekitar pokok-pokok di sebelah Masjid Putra.Nasib baik senarai nama itu tidak ada peserta yang baru dalam senarai tersebut. Maka, sempatlah tulis nama dan tarikh semalam 19 September 2025.


Geocache ketiga keseluruhan berada di air terjun sebelah Masjid Putra. Perlu turun ke bawah untuk sampai air terjun tersebut. Pagi ini air terjun tiada. Pencarian tetap diteruskan juga. Selepas jumpa, masih tersenarai yang ketiga juga pada Game Piece.


Lokasi ketiga ini adalah Chill by the water. Kesemua lokasi di keliling Dataran Putra telah dijelajahi petang semalam. Cuma semak lokasi tepat geocache setelah tiba sahaja menggunakan navigate.


Lokasi ke empat sebelah tempat naik bot sahaja. Berjalan terus sahaja hingga ke lokasi dekat dengan tangga. Game Piece diletak dalam skru. Halus sangat nak gulung balikpun payah. Senarai nama yang kedua dalam Game Piece.


Geocache yang keempat ini adalah Heart of Putrajaya. Bawah skru ini ada magnet untuk diletakkan semula kepada tempat asal. Pastilah tempat yang disimpan adalah bekas besi. Kemudian naik tangga ke Dataran semula. Bergerak ke dataran taman antara Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Putra. Ada pasar pagi pula ketika melalui kawasan tersebut.


Geocache yang kelima ini adalah Laman Perdana. Giliran nama yang kelima juga berjaya ditulis. Bekasnya adalah tutup botol yang turut diletak magnet. Makanya kenalah menggulung semula kertas tersebut.



Kedudukan Laman Perdana setelah berjaya log keluarlah ikon senyum tersebut. Usai letak kembali bergerak ke geocache yang keenam masih di kawasan yang sama sahaja.


No comments:

Post a Comment

Berjaya dapat 14 lagi Geocache

  Hari ini mencuba lagi mencari geocache sebanyak mungkin. Selepas bersarapan jam 9.30 pagi telah tiba Dataran Putra. Geocache pertama adala...