Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka


 Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselamatan negara. Stesen radiosonde yang berjaya menjejak belon ini adalah 9W2XOR_BASE. Belon ini mencapai altitud ketinggian maksimum 34,640m. Isyarat terakhir adalah 14,346m. Koordinat 3.83135 darjah Utara dan 99.86711 darjah Timur.


Pagi semalam belon KLIA sebelah pagi turut jatuh ke darat. Altitud ketinggian terakhir adalah 137m sahaja. Manakala, ketinggian maksimum mencecah 29,470m. Koordinat 2.72515 darjah Utara dan 101.51102 darjah Timur.

credit 9W2MDZ

Pagi itu Zahrin 9W2MDZ telah melancarkanmisi pencarian belon KLIA tersebut secara solo.

credit 9W2MDZ

credit 9W2MDZ

credit 9W2MDZ


Belon KLIA malam itu juga telah jatuh ke darat. Peluang untuk mencarinya cerah memandang altitud ketinggian terakhir hanya 134m sahaja. Jatuh masih kawasan berdekatan dengan belon Klia pagi itu juga.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...