0 KM Dabong, Jeli dan Rantau Panjang


 Hari kedua 26 Mei 2024 destinasi menuju ke Kota Bharu. Bertolak dari Kuala Lipis selepas bersarapan. Laluan FT08 jalan lama ke Gua Musang menjadi pilihan. Jalan lama yang kurang dilalui setelah jalan Lingkaran Tengah Utama FT34 CSR dua lorong lebih pantas ke destinasi yang dituju.


Stesen tanda aras pertama yang ditemui di KM 124 Kuala Lumpur 193km. BM#180 nombor stesen C 2201. Laluan ini mudah dikesan kerana setiap penanda jarak sudah pasti ada batu tanda aras.


Penanda jarak km124 adalah jarak Kota Bharu 270km. Penanda jarak yang menggunakan simen telah diganti dengan papan tanda yang bertiang lebih mudah dilihat. Kelihatan bekas penanda jarak batu simen bersebelahan dengan batu tanda aras. Lupa nak ambil koordinat pada stesen yang pertama ini. Lihat sahaja papan penanda jalan itu pasti boleh jumpa.


Stesen kedua BM#180 nombor stesen C 2204. Koordinat 4.331527 darjah Utara dan 102.025223 darjah Timur


Stesen terletak bersebelahan dengan rumah kampung. Penanda jarak km 127 dan jarak Kota Bharu 267km. Mudah mencari stesen tanda aras kerana berhampiran dengan penanda jarak. Lagipun kenderaan kurang mudah untuk berhenti kereta di bahu jalan.


Stesen ketiga BM#180 nombor stesen C 2206. Koordinat 4.351652 darjah Utara dan 102.040524 darjah Timur.


Lokasi kali ini sebelah pokok-pokok yang agak semak. Penanda jarak Km 130. Jarak bagi Kota Bharu 264km dan Gua Musang 81km.


Suasana pagi agak gelap kerana di kelilingi oleh pokok-pokok. Penanda jarak km 146. Jarak Kota Bharu 248km.


Stesen keempat BM#183 nombor stesen C 2216. Bersebelahan dengan tapak bekas penanda jarak batu yang telah diganti baru. Bersebelahan dengan longkang di tepi bukit.


Koordinat 4.462508 darjah Utara dan 102.030622 darjah Timur.


Stesen kelima BM#184 nombor stesen C 2221. Koordinat 4.476701 darjah Utara dan 101.996336 darjah Timur. 


Stesen kelima ini berhampiran dengan simpang ke laluan FT34. Stesen terakhir laluan Felda Chegar Perah.


Stesen keenam BM#185 nombor stesen C 2224. Koordinat 4.486406 darjah Utara dan 101.967784 darjah Timur.


Penanda jarak KM 156 dan jarak Kota Bharu 238km. Lokasi tepi jalan berdekatan dengan kawasan bukit batu kapur yang mempunyai formasi yang sangat cantik dan menarik. Kawasan GeoPark yang sangat menarik boleh menjadi potensi tarikan pelancong.


Stesen ketujuh BM#186 nombor stesen C 3447. Koordinat 4.576379 darjah Utara dan 101.991752 darjah Timur.


Penanda jarak km 170. Jarak Kota Bharu 224km dan Gua Musang 41km. Ini merupakan laluan ke Merapoh. Laluan yang kini sudah sunyi sepi masih ada kenderaan yang menggunakannya.


Stesen kelapan BM#187 nombor stesen C 2237. Koordinat 4.584232 darjah Utara dan 101.995614 darjah Timur.


Penanda jarak km 171 persekitaran pokok yang daunnya berguguran layu. Hampir batu tanda aras ditenggelami dan sudah tidak kelihatan. Jarak Kota Bharu 223km.


Stesen kesembilan BM#186 nombor stesen C 2239. Koordinat 4.600964 darjah Utara dan 101.991448 darjah Timur.


Penanda jarak km 173. Jarak Kota Bharu 221km. Berdekatan laluan masuk rumah kampung. Suasan jalan di kelilingi pokok kawasan kampung menyaman dan mententeramkan jiwa. Mentari semakin meninggimemancarkan cahaya dicelah-celah kanopi pokok.


Stesen kesepuluh BM#180 nombor stesen C 2241. Koordinat 4.626753 darjah Utara dan 101.998746 darjah Timur. Batu tanda aras hampir tenggelam dengan rumput di sekitar.


Penanda jarak km 176. Jarak Kota Bharu 218km. Kelihatn juga batu penanda jarak yang lama jatuh menyembah bumi. Bahu jalan sangat semak. Mungkin belum dalam jadual penyelenggaraan.


Stesen kesebelas BM#190 nombor stesen C 2242. Koordinat 4.635472 darjah Utara dan 102.000952 darjah Timur. Batu tanda aras turut diliputi lumut. Ini menandakan persekitaran yang banyak tumbuhan meredupkan suasana.


Penanda jarak km 177. Jarak Kota Bharu 217km. Bahu jalan yang menghijau bersempadan dengan tumbuhan menghijau yang merimbun. Rumput di bahu diselenggara dengan baik menambahkan lagi keindahan jalan lama ini.


Stesen keduabelas BM#191 nombor stesen C 2243. Koordinat 4.644682 darjah Utara dan 101.999630 darjah Timur.


Penanda jarak km 178. Jarak Kota Bharu 216km. Batu tanda aras hampir tidak kelihatan. Ini kerana, bahu jalan dipenuhi lalang yang semakin meninggi.


Stesen ketigabelas BM#192 nombor stesen C 2253. Koordinat 4.725835 darjah Utara dan 102.010015 darjah Timur. Batu tanda aras terakhir bagi negeri Pahang dari Kuala Lipis sebelum masuk ke Gua Musang.


Penanda jarak km 188. Jarak Kota Bharu 206 menghampiri sempadan negeri Kelantan. Batu tanda aras berdekatan dengan kawasan kampung. Kelihatan ada pokok buah-buah di sekitar.


Ketika hendak bergerak ke kereta terpandang satu batu tanda aras yang tergolek. Batu yang senget ini tidak jauh dari stesen C 2253 ini. Rezeki terpandanga satu lagi stesen berada di tempat yang sama. Terus turun bergerak ke batu tersebut.


Seolah batu tanda aras ini dicampak ke tepi oleh pihak tertentu. Kesan tanah merah ditenggelam air banjir mungkin. Terpaksalah mengikis plat untuk melihat nombor siri. Setelah diamati dengan teliti nombor siri tersebut C 0936. Stesen keempatbelas BM#193 nombor stesen C 0936. Koordinat 4.725917 darjah Utara dan 102.010020 darjah Timur.


Penulis menegakkan kembali kedudukan asal. Kelihatan bekas pada tanah batu ini berada pada kedudukan ketika ditemui. Bukanlah kali pertama penulis menjumpai batu tanda aras seperti begini. Monomen bersejarah seperti ini haruslah dipelihara dan dijaga dengan baik. Plat masih kelihatan baik dan sempurna pada batu tersebut. Cuma ia pasti telah diganti dengan stesen C 2253. Jika ditempat lain pasti plat ini telah lama ditanggalkan kerana agak bernilai juga.


Seterusnya pemanduan ke Gua Musang untuk makan tengah hari terlebih dahulu. Usai makan memilih laluan D29 Jalan Dabong - Gua Musang. Laluan alternatif ke Kota Bharu juga hingga ke Jeli. Sepanjang Gua Musang ke Dabong tidak kelihatan sebarang stesen tanda aras.

Dabong penempatan kecil yang memiliki stesen keretapi. Terkenal dikalangan para penggiat rekreasi kerana mempunyai pelbagia tarikan menarik. Masa zaman belajar di UiTM dahulu, penulis pernah turun keretapi di stesen ini untuk mendaki Gunung Stong dan Gunung Ayam. Pernah juga berkhemah di Air Terjun Jelawang yang sangat tinggi itu.



Suasana stesen keretapi Dabong merupakan pengangkutan utama bagi penduduka pedalaman di negeri Kelantan ini. Nadi kehidupan masyarakat sekitarnya. Pengangkutan utama menghubungkan antara kampung dengan kampung yang lain.


Misi utama singgah ke Dabong adalah bergambar pada batu tanda jarak 0 km. Rugi tak singgah jika sudah melalui laluan tersebut.


Berdekatan dengan monumen 0 km Dabong tersebut kelihatan satu stesen GPS. Stesen GPS 2 yang dicat berwarna biru. Ada huruf JS bahagian atas mungkin milik Jabatan Saliran. Bahagian paku di tengah berwarna kuning tiada tertera JUPEM.


Seterusnya pemanduan menghala ke Jeli. Tiba di Kuala Balah kelihatan satu stesn tanda aras di sebelah kanan jalan. Meletak kereta di bahu jalan. Kemudian melintas ke arah batu tersebut. Laluan FT66 arah ke Jeli dari Dabong pula.


Stesen kelimabelas BM#194 nombor stesen D 5137 manakala D 4119 nombor lama. Koordinat 5.430765 darjah Utara dan 101.911696 darjah Timur. Oleh kerana penanda jarak tiada berdekatan stesen, maka koordinat sangat berguna. Penting untuk mencari lokasi batu tanda aras dengan tepat.


Stesen keenambelas BM#195 nombor stesen D 5126. Koordinat 5.519480 darjah Utara dan 101.889552 darjah Timur.


Lokasi di tepi longkang kering berdekatan dengan tiang elektrik TNB.


Stesen ketujuhbelas BM#196 nombor stesen D 5124 manakala D 0609 merupakan yang lama. Koordinat 5.536695 darjah Utara dan 101.888174 darjah Timur. Plat yang tertera Batu Aras merupakan plat yang lama. Pastilah usia telah lebih daripada 40 tahun. Ukiran pada abjad dan nombor lebih kemas dan teratur.


Kedudukan stesen ini berdekatan dengan konkrit. Tidak pasti konkrit milik uitliti yang mana. Bahu jalan rumput menghijau dijaga rapi dan kemas.


Stesen kelapanbelas BM#197 nombor stesen D 5121yang lama D 4111. Koordinat 5.562326 darjah Utara dan 101.883272 darjah Timur.


Kedudukan stesen ini di persimpangan masuk ke jalan kampung yang agak sibuk. Batu tanda aras semakin senget. Nasib baik tidak kena sondol sahaja.



Tiba di simpang empat bersebelahan Masjid dan Pejabat Majlis Daerah Jeli merupakan lokasi batu jarak 0 km Jeli. Meletakkan kereta di dalam kawasan pejabat Majlis tersebut. Kemudian berjalan kaki ke arah batu penanda jarak tersebut.


Misi kedua berjaya mencapai batu penanda jarak 0 km di Jeli. Laluan FT66 Dabong ke Jeli. Usai bergambar terus memnadu arah ke Rantau Panjang pula. Laluan FT4 Pasir Puteh - Machang - Jeli menjadi pilihan.


Stesen seterusnya berada di sebelah kiri jalan menghala ke Machang. Berdekatan dengan papan tanda F 004/235/00.



Stesen kesembilanbelas BM#198 nombor stesen D 3036. Koordinat 5.715379 darjah Utara dan 101.941873 darjah Timur.


Stesen D 3036 berhampiran juga dengan papan tanda had laju kebangsaan. Nun jauh  di hadapan kereta di parkir pada bahu jalan. Agak jauh berjalan memandangkan laluan ini kategori sangat sibuk.


Seterusnya mengikuti laluan FT196 jalan ke Rantau Panjang. Stesen keduapuluh BM#199 nombor stesen D 5357. Koordinat 5.947684 darjah Utara dan 101.941873 darjah Timur. Plat dan batu versi terbaru. Ada ukiran nombor siri pada batu tanda aras ini yang mengadap jalan.


Stesen D 5357 ini berdekatan dengan papan tanda Pasti Ibnu Sina. Pondok Gual Dalam, Lubok Stol.


Stesen keduapuluhsatu BM#200 nombor stesen D 5356. Koordinat 5.960531 darjah Utara dan 101.947572 darjah Timur. Terletak di bahu jalan yang berumput hijau.


Stesen yang berikut mempunyai ukuran nombor stesen pada batu. Turut dicat putih keseluruhan batu tanda aras tersebut.


Plat yang baru ini pada nombor siri di tulis dangan sangat tidak jelas. Berbanding plat yang lama setiap huruf dan nombor ditebuk dengan sangat kemas dan teliti mutunya.


Tiba di Rantau Panjang mencari batu penanda 0 km bagi kali ketiga bagi kali ini. Laluan FT3 berhampiran stesen minyak Petronas. Penanda jarak km 748.


Peluang bergambar tidak harus dilepaskan membuktikan berjaya menemui batu jarak ini. Ada satu lagi batu penanda jarak 0 km di sini. Hanya berkesempatan menjumpai yang ini sahaja. Seterusnya mengisi tangki minyak kereta dan solat sebentar di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.


Stesen keduapuluhdua BM#201 nombor stesen D 1147. Koordinat 6.003022 darjah Utara dan 101.941873 darjah Timur.


Stesen D 1147 terletak berhampiran batu penanda jarak Kota Bharu 35km dan Pasir Mas 18km. Penanda km 743. Laluan FT3 hingga ke Johor Bhahru. Batu tanda aras disebelah kanan jalan hala ke Pasir Mas. Meletak kereta di bahu jalan sebelum melintas jalan ke arah batu.


Stesen keduapuluhtiga BM#202 nombor stesen D 3287. Koordinat 6.000952 darjah Utara dan 102.019166 darjah Timur.


Stesen ini terletak berhampiran batu penanda jarak Pasir Mas 17km. Penanda jarak km 742. Terdapat pembahagi jalan berhampiran. Seterusnya melalui Pasir as hingga ke Kota Bharu. Menginap di Ridel Hotel berhadapan dengan Sungai Kelantan.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...