Stesen AIS di Pulau Pinang oleh 9W2PRX


 Hasil trafik daripada Cg Zak 9M2ZAK telah memaklumkan kepadaku terdapat satu lagi feeder AIS di Pulau Pinang. Sudah pastilah feeder tersebut kepunyaan Mamu 9W2PRX. Ini menjadikan tiga stesen feeder AIS telah aktif setakat ini. Dua di selatan tanah air iaitu 9M2ZAK dan 9W2DCW.


Mendapat perkhabaran gembira juga, akan datang satu stesen AIS  muncul di kawasan tengah pula. Ini pasti akan memantau vesel di Pelabuhan Klang pula. Tunggu kemunculan feeder AIS tersebut.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...