QSO bersama Faizal 9W3RLG

 Pada malam ini seperti kebiasaan balik dari Cheras ke base di Bangi Lama. Melintasi Hentian Kajang kedengaran audio Pak Hamdan 9W2HXO sedang memanggil-manggil. Kemudian beberapa seketika terdengar pula audio Faizal 9W3RLG. Selepas itu, kedua audio stesen tersebut terus tidak kedengaran lagi.

Memandu terus masuk ke Setia Alamsari. Terus ke bulatan hala Serene Height tiba-tiba kedengaran audio Faizal 9W3RLG semula yang sedang CQ, CQ di V40 yang sering monitor di jelopi.

Terus cuba menyahut dan mendapat respons yang baik walaupun penerimaannya audio agak menurun. Kemudian aku terus parkir jelopi di The Lawn Setia Alamsari merupakan tempat riadah keluarga.

Maka, sudah pasti penerimaan audio dari Bandar Teknologi Kajang semakin baik. Sempat salam contact kenal contact perdana bersama beliau. Pertama kali ber QSO bersama pemegang lesen C 9W3RLG.

Kemudian mohon mendarat bagi meneruskan perjalanan pulang ke base di Bangi Lama. Terus memandu hingga simpang Bangi Wonderland, audi Faizal 9W3RLG tetap mantap readability 5/9

Sampai base barulah menghantar pesanan kepada beliau bagi mendapatkan trafik lanjut. Rupanya base beliau berada di tingkat 13 pangsapuri di Bandar Teknologi Kajang. Tidak hairanlah audionya sangat baik penerimaannya. Hanya menggunakan antena mobile sahaja pastilah boleh pergi jauh audionya di tingkat 13.

Syabas dan Tahniah! Faizal 9W3RLG atas salam contact pardana pada malam ini.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...