Radiosonde DFM09P 19026362 Terbang berhampiran Taman Laut Sultan Iskandar

Awal pagi tadi muncul belon dari Laut China Selatan. Radiosonde DFM09P 19026362 muncul menghampiri Taman Laut Sultan Iskandar. Stesen radiosonde sebelah Johor berjaya mengesan kehadirannya.
 

Frekuensi yang digunakan adalah 402.031MHz. Tak sempat nak memantau pagi tadi jikalau isyarat dapat diterima dari Bangi. Masih mencari jawapan pihak mana yang sering melepaskan belon DFM09P dari laut China Selatan ini.


Ia menghala ke barat arah Semenanjung Malaysia. Jika mendarat didaratan sudah pasti diburu oleh Tim SAR Selatan bagi menambahkan lagi koleksi model radiosonde yang baru.

Jam 9:14 pagi kali terakhir memantau dal altitud ketinggian 8459m. Tidak pasti sama ada ia aktif semula hingga altitud yang paling rendah selepas itu. Ketinggian maksimum yang dicapai adalah 37,229m. Menghampiri 40 ribu meter sangat tinggi penerbangannya. Tunggu esok jikalau ada lgi kemunculan dari Laut China Selatan ini.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Bermain dengan Rakun

  Selepas puas melihat aktiviti paragliding di Bukit Jugra. Kamipun pulang melalui laluan sama turun ke bawah  jalan berselekoh tajam dan be...