Stesen 9M2CKG dapat lesen Oppa


 Pada 30 September 2023 yang lalu, Naim 9M2CKG telah berjaya mendapat lesen oppa. Radiosond 2302103087 telah jatuh di Jenderak Selatan.


Altitud ketinggian terakhir adalah 198m dan ketinggian maksimum 30,796m. Koordinat 3.63897 darjah Utara dan 102.31297 darjah Timur.

credit 9M2CKG
Radiosond oppa mendarat elok berhampiran tanah. Mudahlah hendak mengambilnya berbanding jikalau tersangkut pada dahan pokok.

credit 9M2CKG

Belon dan peranti jatuh di longgokan pelepah kelapa sawit. Tahniah Cikgu Naim atas penemuan radiosond oppa yang pertama buat diri.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...