VHF DXing YC9CCS to 9W2JDY-1 via ISS

Laluan ISS pada jam 8:31 pagi ini menunjukan terdapatnya aktiviti radio packet.

Persediaan untuk bekerja dengan satelit Indonesia menyebabkan dalam beberapa hari kebelakangan ini menunjukan tanda positif. Banyak stesen aprs telah mengaktifkan frekuensi 145.825MHz.

Satelit YB0X-1 turut menggunakan frekuensi yang sama untuk digipeater aprs. Khabar mengatakan bahawa ia akan mengelilingi Indonesia sebanyak 14 kali sehari. Sebagai negara jiran kita perlulah mengambil peluang untuk mengaktifkan aprs dalam frekuensi satelit.

Berbalik pada aktiviti pagi ini, stesen YC9CCS di Bali telah mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1. Stesen 9W2JDY-1 turut mendapat dua beacon daripada ISS.

Sekali lagi stesen Bali YC9CCS mendapat packet melalui ISS ke stesen YD0NXX-4.

Seterusnya stesen yang pertama mendapat packet pada pagi ini adalah E20MZU-7 ke HS6KLJ-1.

Laluan ISS pada pagi bermula AOS azimuth 317 darjah dan berakhir LOS azimuth 151 darjah.

Usaha perlu dilakukan agar Malaysia tidak ketinggalan menghantar satelit radio amatur sepertimana Indonesia dan Thailand akan menghantarnya ke orbit tidak lama lagi.

73, Jojet de 9W2 DYA


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...