Pada 22 Spetember 2015 aku berkesempatan mengunjungi NFD 9M52BA di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Pada tahun ini berkelapangan memudahkan aku melihat aktiviti Field day yang berlangsung selama dua hari.
Pada tahun ini ia dianjurkan oleh MARES, Pejabat Adun Bangi dan Jabatan Amal Selangor. Banyak lagi stesen seumpamanya dibuka sempena National Feild day pada tahun ini yang menggunakan callsign 9M52. Ahli daripada Jabatan Amal turut berkampung di sini untuk merasai suasana persediaan menghadapi situasi kecemasan dalam penggunaan radio komunikasi.
Mereka juga turut membantu menaikkan antena yang akan digunakan sepanjang dua hari. Aktiviti pada tahun ini turut disertai kumpulan SAKA Simplex V24 145.300MHz. Aku sendiripun tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kumpulan ini. Bagus kerana ini merupakan cara untuk memperkenalkan kumpulan dan sanggup memberi bantuan jika saat diperlukan.
Suasana kawasan perkhemahan tempat berlangsungnya Field day yang dilihat begitu indah sekali. Malangnya ketika waktu malam dilaporkan nyamuk mendominasinya. Maka banyaklah ubat nyamuk dipasang ketika perhubungan komunikasi dilakukan.
Keliling bawah meja itu, sebenarnya dipasang ubat nyamuk untuk menghalau kehadirannya yang sangat mengganggu. Ketika tiba, beberapa stesen telahpun bersedia untuk CQ. Terdapat juga stesen yang masih dibuai mimpi maklumlah berjaga untuk mendapatkan contact yang banyak.
Stesen 9M2RHQ Pak Rosli sedang sibuk mengendalikan radio disamping laptopnya. Manakala 9W2DSE Hisham sedang sibuk memanggil cq cq cq pada pagi itu. Zamri 9W2NMX turut baru tiba pada waktu pagi itu untuk memberi sokongan pada aktiviti ini.
Beberapa contact telah berjaya diperolehi sepanjang berlangsungnya Field day ini. Ketika 9.45 pagi kedengaran audio 9M2TEE Tee di Melaka turut membuka stesen di taman kawasan basenya di band 40m. Terima anda 59 loud and clear di Bangi.
Antena Yagi yang banyak berjasa dan amat sesuai untuk komunikasi kecemasan. Ia sangat mudah dibawa dan seterusnya pasang di mana-mana kawasan. Ia mampu menahan angin yang kencang dan terus berdiri megah tanpa ditumbangkan. Kekuatan sebegini amat diperlukan apabila ditegakkan dikawasan terpencil tanpa ada pelbagai kemudahan asas. Sebab itu Field day adalah medan menguji kelengkapan radas serta kecekapan stesen mengendalikannya dengan sumber tenaga yang minimum.
Aku bukannya mahir sangat tentang teknikal tetapi pengetahuan yang sedikit dapat memahami betapa pentingnya fungsi sesuatu antena dalam komunikasi radio. Bantuan antena yang sesuai dari segi penggunaannya dapat melancarkan segala perhubungan ketika saat diperlukan.
Selain itu, ia mudah dipasang dan dapat menggunakan band yang sesuai untuk tujuan komunikasi kecemasan terutamanya di dalam negara seperti kejadian banjir tahun lepas. Pengamal radio amatur telah diiktiraf memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila sistem perhubungan telah terputus dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Radas yang digunakan juga perlulah sesuai dengan keadaan. Ini kerana ia perlu mudah dibawa serta dioperasikan.
Sewaktu kecemasan penggunaan sumber tenaga adalah amat kurang dan terpaksa mengurangkan penggunaan kuasa. Gobox seperti diatas sangat sesuai dan mudah dibawa. Ketika berlangsungnya 2 meter Net Astra ia sangat berfungsi dengan baik. Bunyi audio sangat menarik dan jelas kerana pembesar suara yang ada digunakan.
Tepat jam 10.00 pagi pula, berlangsungnya 2 Meter Net Astra yang menggunakan special callsign 9M52BA. Pengawal rangkaian yang pertama pada pusingan pertama adalah kendalian Fitri 9W2FMC.
Acara mingguan 2 meter net diadakan adalah untuk menguji keupayaan pengulang bekerja. Di samping itu, dapat mengetahui sejauh mana capaian liputannya serta menguji radas dapat berfungsi dan bekerja dengan baik.
Antena VHF yang dapat berfungsi dengan baik bekerja Pengulang Genting 9M4RGH. Menggunakan pokok sebagai tapak bagi memastikan ia berdiri megah.
Pengendali rangkaian yang kedua 2 meter net Astra special callsign 9M52BA adalah kendalian Shahrul 9W2OCX. 2 meter net ini berlangsung dari Tasik Cempaka sehingga jam 12.30 tengahari. Syabas dan tahniah kepada pengendali yang begitu bersemangat dalam menjayakan National Field day 2015.
Kemudian aku kembali semula ke khemah HF untuk melihat aktivit yang berlangsung. Sempat juga duduk bersembang bersama elmers Pak Aziz 9M2AU dan 9M2RHQ Pak Rosli tentang radio. Banyak pengetahuan dan pengalaman elmers dapat kita dengar dari perbualan mereka itu.
Perbincangan senario radio amatur dari penggubalan peraturan dan akta hinggalah pengalaman sebagai SWL. Pengalaman elmers sememangnya seronok didengar kerana dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.
Zaman dahulu aktiviti radio amat berbeza berbanding pada masa kini. Cerita yang dikongsi itu serba sedikit telah memberi gambaran suasana ketika itu. Contohnya ujian CW pernah terhenti selepas Jabatan Telekom tidak mengendalikannya lagi. Sehinggalah diteruskan semula oleh SKMM untuk melahirkan lebih ramai pemegang lesen A.
Mereka juga berkongsi tip untuk lulus ujian CW. Kebanyakkan calon gagal adalah kerana tidak bersedia untuk menghadapinya. Benar kata-kata mereka kerana aku sendiri masih belum benar-benar bersedia untuk mengahadapinya ketika mengambil ujian beberapa tahun lalu.
Menurut elmers lagi, apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mendengar cw setiap hari dalam masa 15 minit. Tempoh tiga bulan pasti kita dapat menguasainya tanpa memegang key untuk menghantar isyarat. Semasa ujian sebenar, secara automatik kita akan dapat menghantar selepas menguasainya melalui penguasaan pendengaran itu.
Menurut elmers lagi, pada zaman dahulu aktiviti SWL sangat menarik. Aktiviti monitoring sangat rancak kerana dapat mendengar pelbagai frekuensi di VHF mahupun HF. Tetapi pada masa kini aktiviti monitoring telah terhad kerana frekuensi telah coded dikunci dan diblok untuk menggelakkan dari dicuri dengar.
Malahan menurut 9M2RHQ band HF turut dikunci bagi mengelakkan dicuri dengar terutama yang membabitkan keselamatan. Menurut 9M2AU selepas lulus ujian CW belum tentu lesen dapat dikeluarkan kerana perlu tapisan pihak keselamatan. Selepas disah bersih barulah lesen dapat dikeluarkan kerana situasi pada zaman itu.
Pada masa kini banyak teknologi dapat digunakan bagi mempelajari tentang ilmu radio amatur. Sumber seperti media sosial dan internet memudahkan mendapat maklumat bagi mempelajar sesuatu terutama bagi mengahadapi peperiksaan radio amatur (RAE) dan CW. Berbanding zaman dahulu sukar mandapat maklumat dan sumber pendedahan tentang radio amatur.
Selepas 12.30 tengahari antena diturunkan serta peralatan radas dikemaskan menandakan stesen 9M52BA ditutup. Rakan lokalan Husni 9W2HUF turut tiba bagi megemas segala peralatan dibawah Jabatan Amal. Menurut beliau lagi ini adalah pendedahan kepada ahli dalam aktiviti radio amatur terutamanya persediaan bantuan komunikasi kecemasan. Baru-baru ini empat orang ahli telah lulus RAE dan layak memohon isyarat panggilan.
Ahli-ahli badan amal telah membantu menurun dan mengemas segala peralatan dan tempat. Pendedahan seperti ini memberi nilai tambah dan minat mereka terhadap radio amatur. Semangat untuk mempelajari sesuatu dapat dilihat dalam kesungguhan membantu tanpa meminta balasan. Sikap yang baik ini perlu diteruskan kerana ilmu radio amatur ini tidak akan habis kerana sentiasa ada perkara yang baru dapat dipelajari.
Membuka semula antena juga mengajar sikap bekerjasama dan kesabaran. Bagi diriku, ini juga pengalaman pertama melihat antena dibuka dan disimpan dengan baik. Setiap bahagian dibuka dan dipisahkan dengan baik dan cermat supaya setiap bahagian berada dalam keadaan sepatutnya. Setiap elemen juga ditanda dengan warna yang berbeza bagi memudahkan ia direkod dan dipasang semula.
Segala skru perlu dibuka dengan berhati-hati agar ia tidak hilang kerana pasti susah jika terdapat bahagian yang hilang. Teknik menggulung wayar dan kabel turut perlu dipelajari. Ini kerana perlu mempelajari teknik menggulung agar memudahkan kerja dilaksanakan.
Akhir kata, tahniah kepada pihak penganjur Mares yang berjaya melaksanakan acara tahunan National Field day. Tidak dilupakan juga kedua elmers 9M2AU dan 9M2RHQ yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta stesen lain yang berada di Tasik Cempaka ini. Tahniah semua...
73, Jojet de 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
Nice report dan terima kasih atas kredit yg diberikan kpd kumpulan SAKA Simpleks 145.300MHz. De 9W2KNF
ReplyDelete