Cuti sekolah yang lalu aku bercuti bersama xyl di Tanah Tinggi Cameron. Perjalanan dari base Bangi melalui Simpang Pulai selepas Lebuh Raya Utara Selatan. Melalui jalan berliku-liku terus ke Blue Valley dan seterusnya Kampung Raja. 29 Mei kami bermalam di Brinchang di belakang Balai Bomba.
Pekan Brinchang meriah di malam hari apabila orang ramai sibuk membeli-belah di pasar malam. Pada siang hari itu, kami ke Taman Agroteknologi Tanah Rata. Pelbagai tanaman dan bunga-bungaan terdapat di situ.
Hari Kedua 30 Mei kami bermalam di Kea Farm menginap di sebuah hotel yang terkenal di situ. Semasa aku menginap di sini aku dapat monitor 9M4RCF pengulang di Fraser Hill. Monitor di jalur 145.6125MHz kedengaran 9W2LPS dan 9W2TPS pada hari itu. Semasa QSO apa yang aku dapat perhatikan mereka lebih gemar menyebut suffix sahaja. Aku ingatkan rakan komersial sedangkan QSO menggunakan jalur amatur tetapi ternyata jalur amatur apabila kedengaran 9W2 disebut.
Hari Ketiga 31 Mei 2012 sebelum check-out di hotel sama aku masih monitor di jalur ini. Bermula jam 10.45 pagi kedengaran sekali lagi 9W2LPS Abg Jem, 9W2TPS abg Zaba, 9W2WEB dan 9W2POR Pak Ngah Jeram Besu sedang QSO.
Hotel Equatorial berlatar belakang Gunung Brinchang letaknya pengulang |
Transnasional astra juga dapat monitor semasa di Cameron Highlands ini melalui jalur 147.925MHz. Pengulang Gunung Brinchang memang terlalu hampir tempat aku menginap ini.
Seterusnya aku bermalam di Tanah Rata pula. Aku juga terdengar rakan QSO di jalur 145.400MHz di Manjong.
Hari Terakhir 1 Jun sebelum pulang kami ingin membeli sayur-sayuran dan buah-buahan serta bunga-bungaan. Aku ternampak seorang rakan memegang handy lalu aku bertanya padanya. Abang ini 9 Whiskey ke? Lalu dia menjawab 9W2KDA dari Kedah. Akhirnya dapat juga bersalaman didaratan setelah mencuba bersalaman mana-mana rakan diudara. Dapat juga bersalaman bersama 9W2KDA harap selepas ini bersalaman di udara pula. Jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment