Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke 47 2011

PayBox



Kejohanan tahunan pada kali ini berlangsung di Stadium UKM Bangi. Biasanya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi pada tahun ini berubah suasana pertandingan. Hampir 40 buah sekolah menengah mengambil bahagian. Berlangsung selama 4 hari bermula 1 hingga 4 Mac. Hari ini telah berlangsungnya upacara perasmian dalam suasana hujan lebat.Tetapi semangat peserta terus membara untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Aku sperti biasa jika ada kelapangan memanggil mana-mana rakan di lokalan Bangi tetapi aku tahu rakan-rakan bekerja pada waktu itu.


Hari 2 Rabu 2/3/2011
Akhirnya dapat juga qso dengan abg Bonar 9W2CEH di Taman Universiti bersebelahan dengan Stadium UKM Bangi.Kira-kira jam 2.00 petang sebelum acara bermula ketika atlet sedang merehatkan diri semptlah qso dengannya. Lama tak qso sebab aku dah pindah base, maka aku tidak dapat memancar menggunakan handy yang ada. Ketika portable ini, gunakan kuasa pancaran 5 watt terima audio 5/9 dengan antena rubber duckies. Lagipun stadium ini juga terletak diatas bukit membantu aku untuk memancar dengan baik. Info yang diberi oleh abg Bonar bahawa Pak Basri 9W2BJS telah berpindah. Ini mengejutkan aku, patutlah audio tidak lagi kedengaran di V66 kerana menurut beliau Pak Basri telah dinaikkan pangkat. Tahniah pada Pak Basri atas kenaikkan pangkat ini.Semoga lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Ada kelapangan boleh qso lagi.


Hari 3 Khamis 3/3/2011
Hari ini 6 peserta sahaja yang ada acara, jadi mereka semua naik kereta sahaja.Esok lebih ramai lagi yang ada acara maka naik bas semula. Hari ini memangil-mangil rakan tidak ada yang respon. Oleh kerana kurang acara maka bolehlah pulang awal menghantar mereka ke rumah masing-masing.Kesempatan yang membolehkan aku ke Lake Valley di Bandar Tun Hussein Onn Cheras untuk melepak sementara menunggu xyl untuk dijemput. Sempat qso beberapa over dengan rakan-rakan. Pertama qso dengan 9W2ZBV ,jalur Nesrac qth Seri Kembangan. Sebelum itu 3 kali memanggil nasib baik Abg Zamri menyahut, dapat juga bersalaman di udara. Ada kesempatan boleh jumpa lagi. Kemudian cuba memanggil di V66 disahut pula oleh Abg Bonar 9W2CEH yang sedang bermobile. Maka penerimaannya kurang baik. Beberap minit kemudian kedengaran abg Joe 9W2PGA memangil abg Misai tetapi dijawab oleh orang yang ada misai iaitu Hisham 9W2KGA di Cheras.Monitor sahaja qso mereka. Terima audio 9W2KGA sangat baik mungkin berhampiran dengan tempat portable aku itu. Manakala Abg Joe berada di Simpang Balak Bt 13 Cheras dapat dicopy 5/9 juga. Lokasi aku di Bt 10 Cheras. Apabila 9W2KGA dah qrt maka akupun masuk untuk qso dengan 9W2PGA yang ketika itu baru hendak membuka gerainya. Maka satu over sahaja menghantar audio report. Terima kasih semua jumpa dan jumpa lagi.


Hari 4 Jumaat 4/3/2011
Hari terakhir bertandang di Stadium UKM Bangi angkut semua pelajar untuk menyokong rakan yang bertanding. Akhirnya dapat 1 Emas, 1 Perak dan 1 gangsa. Pencapaian yang boleh dibanggakan juga memandangkan tahun ini kebanyakannya adalah atlet yang baru. Manakala menghadapi tahun depan perlu mencari yang lebih berbakat lagi dan mampu meraih seberapa pingat. Memanggil mana-mana rakan juga tiada respon. Cuba memanggil di 9M4RBC juga tiada yang menyahut memandangkan ketika itu selepas solat jumaat mungkin rakan sedang saltmine lagi. Kembali ke saltmine sambil menunggu xyl untuk pulang semmpat juga moniitor mana-mana jalur. Kedengaran di V33 abg zam 9W2MBV sedang qso dengan rakan-rakan di Ampang. Qth aku di Bandar Tun Hussein Onn Cheras boleh copy audio beliau 5/9. Sememangnya audio beliau boleh didengari hingga ke base lama aku.Selepas beliau qso dengan 9W2DML yang sedang berkayuh barulah aku masuk untuk qso. Dapatlah bersalaman di udara sekali lagi dari saltmine. Kali ini aku tiada tugasan bolehlah qso lebih lama sedikit. Biasanya di saltmine tidak boleh memancar kerana kekangan masa, tetapi kerana masa free bolehlah memancar. Terima kasih abg Zam sudi qso bersama, ada kelapangan boleh bertemu lagi di udara mahupun didaratan. 73

73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...