Kejohanan tahunan ini akan diadakan pada Ahad 3 April 2011. Bermula di hadapan SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras pada jam 8.00 pagi. Larian tamat di kantin sekolah yang mengadakan kategori mengikut peringkat umur Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Peserta akan berlari di sekitar Suasana, Arca dan Primaya dan kembali ke sekolah semula. Jarak larian bagi lelaki adalah sejauh 7km manakala perempuan pula sejauh 6km.
Sehubungan dengan itu juga pada 30 Mac 2011 hari Khamis akan diadakan acara mengenal trek bagi membiasakan peserta dengan trek larian. Bagi sesi pagi latihan akan bermula jam 8.00 hingga 10.30 pagi. Manakala sesi petang pula latihan akan bermula 4.30 hingga 6.30 petang.
Oleh yang demikian, diharapkan rakan-rakan dapat mewar-warkan tentang aktiviti ini bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini. Ini kerana laluan yang dilalui oleh peserta adalah jalan utama. Pihak penganjur berharap kerjasama pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui jalan-jalan tersebut. Walaubagaimanapun langkah-langkah keselamatan telah diambil dan para peserta diingatkan tentang keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Aspek keselamatan adalah diutamakan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhir kata, kerjasama penduduk sekitar amatlah dihargai bagi melancarkan aktiviti tahunan ini.
73, Jojet, 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment