9W2DYA-2 BTHO APRS Gateway

9W2DYA-2 menggunakan router TP-Link TL-MR3020. Eddie 9W2EDK telah berjaya menanam tnc dan mensetkan firmware untuk berfungsi sebagai igate dan digipeater.

Memandangkan portable station masih lagi belum ada unifi. Eddie telah mensetkan wifi dari hotspot henpon.

9W2DYA-2 berada di lokasi 9W2DYA -1 Kg Batu 10, Cheras. 9W2DYA-2 berfungsi sebagai igate boleh menyedut packet daripada stesen lain berbanding digipeater 9W2DYA-1 menggunakan NET-51 TNC.

9W2DYA-1 bergantung harapan kepada igate 9W2DYA-2. Jadi, 9W2DYA-2 menggunakan antena quarterwave groundplane untuk mendapat liputan yang lebih meluas.

Manakala, 9W2DYA-1 menggunakan antena rubber duckies sahaja. Sebelum ini, bergantung harapan 9W2DYA-5 igate U2APRS yang sememangnya apps ini berfungsi dengan baik sekali.

Terima kasih kepada Eddie 9W2EDK kerana menyiapkan router igate. Mana-mana rakan yang mencuba device seperti ini bolehlah menghubungi beliau.

Mana-mana rakan yang kurang QSO tu boleh mencuba aktifkan APRS pula. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari digital mode ini. Samaada data atau radio frekuensi masih memberi cabaran dalam hobi yang saintifik ini. Ternyata ada perbezaan RF di 2m misalnya antara voice dan digital melalui penggunaan radio. Kadangkala  capaian APRS melalui radio path lebih jauh berbanding voice semasa QSO.


73, Jojet de 9W2DYA

Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne