Hari Merdeka di Pulau Indah 9M2SE
Tanggal 31 bulan lapan aku berada di Pulau Indah untuk menjengah rakan dxing menggunakan tanda panggilan khas iaitu 9M2SE. Selain itu, tujuan sebenar aku ke sana adalah untuk berjumpa Weerut 9W2RUT untuk mengambil baju Malaysia APRS Group yang telah ditempah.
Aku memulakan perjalanan dari Bangi tepat jam 8 pagi melalui Dengkil dan terus ke LDP kerana tiada tol dikenakan sempena Kemerdekaan. Terus ke KESAS dan hingga masuk Pulau Indah. Aku ke jeti cruise untuk mengisi perut dan sambil itu sms kepada Weerut tentang QTH dxing ini dibuat.
Selepas mendapat maklumat yang diberi terus memandu mengikut arahan yang diberi. Keluar semula ke jalan besar sebelah kanan hingga simpang kawasan pembinaan seperti yang diperkatakan. Akupun kurang pasti adakah itu simpang yang Weerut perkatakan dan terus terlajak ke depan. Akupun berhentikan jelopi dan menelefonya tentang kedudukan sebenar. Berdasarkan maklumat yang diberi ternyata simpang itu masuk ke tempat dxing. Bila patah balik ke jalan itu barulah nampak papan tanda ke Laguna park.
Masuk sahaja arah ke laguna park aku terus memanggil di V40 dan disahut oleh Weerut untuk menunjukkan arah ke tempat kejadian. QSO bermobile menggunakan handy sahaja dapat dicopy dengan baik sekali menunjukkan hampir dengan tempat yang dituju.
Sampai di gazebo QTH dxing dijalankan aku disambut oleh Weerut 9W2RUT, Pak Rosli 9M2RHQ, Abg Hamid 9M2TPT manakala stesen master Piju 9M2PJU sedang sibuk dengan radio untuk cq. Seorang lagi crew Abg Junaidy 9W2JDY sedang lena kepenatan dikhabarkan baru tiba dari Temerloh sebelah pagi itu.
Piju 9M2PJU sedang khusyuk mode cw di band 10m dan 15m pada pagi itu. Sempatlah juga aku mengintai bagaimana pedal key digunakan.
Selama ini hanya melihat sahaja tanpa mengetahui bagaimana ia digunakan. Tak sia-sialah aku datang ke sini sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan baru.
Aku meninjau antena farm diluar dan mendapati terdapat tiga jenis antena didirikan. Yagi 2 element menarik perhatian aku.
Selain itu, antena dipole juga tidak kurang hebatnya untuk bekerja dengan lebih jauh lagi.
Manakala yang terakhirnya adalah vertical yang menegak memancarkan hingga ke mana sahaja. Pengetahuan tentang teknikal ini berkaitan antena sememangnya kurang. Apabila melihat pelbagai jenis antena untuk dxing menambahkan lagi ilmu didada.
Lagi satu perkara aku dapat melihat isi kandungan antena tuner yang hebat diperbincangkan oleh tiga orang rakan ham yang sangat berpengalaman ini iaitu 9M2TPT, 9W2RUT dan 9W2JDY.
Selepas propagasi tidak memberi kelebihan untuk cq 9M2PJU QSY ke band 40m QSO dengan rakan ham senegara. 9M2PJU QSO bersama 9M2NDO, 9M2ART/P dan 9M2RMT/P serta mode cw bersama 9M2AR.
Radio yang digunakan adalah Yaesu FT-897 all mode transceiver. Sehingga QRT 9M2SE telah berjaya mendapat sebanyak 1063 QSO di band 20m hingga 10m. Tahniah kepada semua crew yang terlibat atas penganjuran dxing sempena menyambut Kemerdekaan ke 56.
Terima kasih kepada semua crew atas layanan sepanjang berkunjung melihat aktiviti ini dijalankan. Ada kelapangan bolehlah berjumpa lagi.
Sekian terima kasih dan penghargaan kepada 9M2PJU, 9W2RUT, 9M2TPT, 9M2RHQ dan 9W2JDY
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com
Lagi maklumat tentang 9M2SE Pulau Indah
http://9m2pju.blogspot.com/2013/09/9m2se-pulai-indah-iota-as-074-activation.html
http://www.qrz.com/db/9M2SE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Melilau Mencari
Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
itu bukan auto tuner
ReplyDeletealamak salah
Deletepower supply ke
Deletemanual tuner sebenarnya...
ReplyDeleteok terima kasih atas pembetulanya
ReplyDelete