9W2DIE-8 dan 9W2DIE-9 telah berjaya ditangkap beaconnya.

9W2DIE-912014-01-04 18:45:182014-01-04 18:45:18OJ02VX > OJ03VB9.8 km 151°2014-01-04 18:45:18
9W2DIE-812014-01-04 15:42:562014-01-04 15:42:56OJ02VV > OJ03VB16.2 km 176°2014-01-04 15:42:56

Petang tadi Sabtu 4 Januari 2014 9W2DYA-1 telah berjaya menangkap data dari 9W2DIE-8 dan 9W2DIE-9. Dua stesen aprs ini berjaya ditangkap ketika pergi dan pulang ke Seremban dari Sungai Buloh.

9W2DIE-8 berjaya dikesan di PLUS highway di kawasan bukit berdekatan dengan show village Southville City, Bangi. Jarak yang dicapai adalah 16.2km pada jam 3.42 petang.

Manakala, 9W2DIE-9 telah berjaya ditawan semasa melalui Kajang SILK berdekatan Taman Kajang Utama. Stesen ini mobile dari Seremban melalui Lekas highway dan seterusnya keluar melalui Kajang Silk dan terus ke exit Kajang Plus highway. Jarak yang direkodkan adalah 9.8km sahaja, tetapi jarak sebenar adalah lebih jauh kerana antena 9W2DYA-1 terletak di Bangi.

Ini adalah pencapaian paling jauh dicapai oleh 9W2DYA-1 bagi kawasan sebelah utara.

Harap banyak lagi stesen aprs dapat ditangkap datanya.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...