Pertandingan Bowling 2014 SMKBTHO2 Sempena Hari Guru



Sempena Hari Guru pada hari ini Sekolah Meneangah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras telah mengadakan pertandingan bowling. Ia dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf yang diadakan di gelanggang bowling  Mines Sungai Besi.

Sebanyak 14 line telah digunakan bagi 4 orang sekumpulan. Kategori berkumpulan dan individu lelaki dan perempuan dipertandingkan.


Syukur aku berjaya menggondol tempat kedua dalam individu lelaki dan tempat ke-empat kategori kumpulan. Aku bersama Kak Sapiah, Kak Laili dan Rosmaniah dalam line 4. Walaupun line ini banyak masalah teknikal akhirnya kumpulan kami berjaya mendapat tempat keempat juga.


Hadiah disampaikan oleh Pengetua Tuan Haji Hassan bin Che Ling setelah keputusan rasmi dikeluarkan. Tahniah kepada pemenang yang gagal boleh cuba lagi di masa hadapan.

73, Jojet, 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...