SSTV pada 1 Februari 2015 jam 8:04 malam





Pada kali ini SSTV dilancarkan daripada ISS pada 31 Janari 2015 dan 1Februari 2015. Aku berkesempatan untuk menangkap beacon SSTV dari ISS pada hari ahad jam 6.23petang dan 7.58 malam.

Pada laluan pertama jam 6.23 petang aku mencuba mendapatkan signal dari ISS di luar rumah dan kurang berjaya. Tetapi untuk laluan kedua berjaya juga mendapat signal walaupun tidak penuh kerana menggunakan antena quarterwave cilipadi yang berada di dalam rumah. Tidak ku sangka rupanya masih boleh diterima signal dari ISS itu.

Pada kali aku portable di Bukit Mahkota Bangi menyebabkan aku hanya mempunya antena cili padi sahaja. Jikalau dibase pasti gambar yang lebih baik dapat diterima. Tidak mengapa tunggu sahaja SSTV yang bakal menyusul lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...