9W2JEK-4 berjaya menembak ISS ke 9W2JDY-1

Stesen 9W2JEK-4 di Kluang berjaya bekerja dengan RS0ISS mendapat lima packet terus ke stesen 9W2JDY-1 di Kuantan.

Menurut Jek, beliau menggunakan rig Kenwood TM-D700 dengan bantuan antena slim jim dengan kuasa pancaran 30watt.

Berikut adalah waktu ia bekerja;
20:08:20
20:08:47
20:09:28
20:09:42
20:10:09

Manakala, stesen 9W2JDY-1 mendapat tiga beacon;
20:06:59
20:08:59
20:11

Pada sebelah pagi tadi, tiga stesen daripada tiga negara mendapat satu beacon setiap stesen. Berikut masa yang dicatatkan;
8:36:06 stesen YD0NXX4
8:38:06 stesen 9W2JDY-1
8:40:06 stesen HS0BBD

Terbukti bahawa RS0ISS mengaktifkan beacon setiap 2 minit.

Sementara laporan satelit Psat petang ini diungguli oleh stesen 9W2CEH-3. Pada petang ini stesen 9W2CEH-3 berjaya mendapat empat beacon Psat.

Data menunjukkan 11S, 105E bagi 9W2CEH-3 dan 8S, 108E bagi stesen 9W2JDY-1.

Seterusnya bagi laluan kedua satelit Psat menunjukkan 5S, 86E bagi stesen 9W2CEH-3.

Stesen HS0BBD turut mendapat beacon sun victor #000802. Rasaku ini kali pertama stesen HS land mencapai Psat.

73 Jojet de 9W2DYA
via android

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...