QSO bersama 9W2IRQ

Pada hari ini ketika portable di saltmine dapat aku menguji pancar dicalling channel 145.500MHz. Jam 5.57 petang aku cuba memanggil dan dijawab oleh Pak Idris 9W2IRQ di hentian rehat MEX highway. Ketika itu beliau berhenti untuk menunaikan tanggungjawab kepada Yang Esa.



Merujuk data Aprs.fi jarak antara kedua stesen adalah 11.1km. Beliau menggunakan kuasa pancaran 10watt dengan bantuan antena mobile Larsen. Beliau menerimaku readability 41.

Aku pula menerima beliau adalah readability 59 menggunakan handy dengan kuasa pancaran 4watt. Aku menggunakan antena quarterwave ground plane dengan ketinggian 6 meter.

Terima kasih Pak Idris dapat QSO pertama kali diudara yang sebelum ini dapat dilihat di aprs dan FB sahaja. Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...