Hari ke-6 stesen 9A5BDE-6 ke Jepun

Kedudukan kali terakhir stesen 9A5BDE-6 adalah jam 11.09 malam tadi. Koordinat 19 26.45'N dan 119 7.75'E dengan bergerak 22km/h dan altitude -20m
QTH berhampiran dengan utara Filipina. Beliau menukar ssid dari 8 ke 6 pula. Masih menggunakan aprsdroid yang bekerja dengan cemerlang sekali sepanjang pelayaran ini.
Sepanjang perjalanan dapatlah ketahui bahawa laluan kapal dagang dunia yang dilaluinya.
Selain itu, komunikasi satelit digunakan bagi terus mendapat internet. Apabila dapat berbalas mesej dengan beliau, maka itulah terjadi komunikasi satelit. Kedudukannya jauh ditengah lautan memerlukan komunikai satelit bagi meneruskan perhubungan.


Koorinat berubah lagi pada 19 43.15'N dan 119 21.25'E dengan kelajuan 22km/h serta altitude 66m direkodkan.
Sekali lagi pada awal pagi ini berjaya menghantar mesej kepadanya. Ia menyatakan QTH berhampiran dengan Taiwan. Kelihatan banyak stesen aprs turut aktif di Taiwan. Mereka menggunakan frekuensi 144.640MHz untuk aprs.
Manakala, di Filipina pula hanya terdapat stesen DV2KXT dan DU1ZXO Alabang dan Paranaque.


73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...