Laporan SAR Broga

MODE STAND DOWN

Kes: OH (1M)
Lokasi Bukit Broga
Tarikh Laporan: 22/2/17

LOKASI JUMPA : GR 345 /270  ( 250MTR dari Puncak Broga ke Puncak Tok Wan)
MANGSA : Mohammad Azarul Mukhriz bin Abd Rahman
WAKTU : 9.30 - 9.45 AM   28/01/2017

Dijumpai oleh :
1. Muhammad Ridhalleh B Ariffin ( Pendaki )
2. Nurfahanna Bt Mat Sedek (Pendaki)
3. Kurt Kirby ( Pendaki )
4. Elena Karvouni ( Pendaki )

Diselamatkan oleh : Team RQ 52 (Crew #10 : Shafiq bin Shamsudin )

KRONOLOGI :
9.30AM - Empat pendaki menuju ke arah Gunung Tokwan , dalam perjalanan 4 pendaki terdengar laungan meminta tolong dari arah kanan trail .Mereka berpatah balik dan mencari . Mangsa ditemui dilereng sejauh 100mtr kebawah dan dibawa naik oleh 2 pendaki lelaki tersebut.
Ketika ditemui oleh 4 pendaki tersebut mangsa ditemui dlm keadaan bertongkat dan memegang sebiji buah hutan berwarna kuning .Keadaan mangsa agak lemah tapi stabil dan positif . 4 pendaki memberikan makanan ( biskut) dan air minuman.
Dalam perjalanan turun mereka berselisih dengan team RQ52 dan menyerahkan mangsa.
11.00 AM -RQ52 menghubungi base comm dan memaklumkan penemuan mangsa
11.42 AM - Disahkan mangsa oleh Pegawai Operasi Mosars melalui gambar whatsapp salah seorang RQ52 , urusan mengeluarkan mangsa dibuat dan doktor dikalangan Resque team membuat rawatan awal . Bomba ( Tuan Aziz ) dimaklumkan .
12.00 PM - Bomba tiba dan naik ke atas untuk evakuasi lanjut . Ibu dan Ayah  mangsa menunggu di pintu gerbang Broga.
13.00 PM - Mangsa tiba di base comm dan dimasukkan ke ambulan JPAM dan dibawa ke hospital Kajang bersama keluarga.
14.00 PM - Semua RQ team selamat keluar dari lokasi pencarian.
15.00 PM - Standown sepenuhnya dan team 4x4 Mylandy , Unit Amal Pas , Radio Amatur , Sukarelawan dan lain2 bergerak keluar dari broga.

Mohammad Bin Mohammad Salleh
Pegawai Operasi

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...