Belon K6RPT-11 di Kentucky US

Awal pagi penerbangan ke 207 hari, belon K6RPT-11 telah berada diruang udara Manchester,Kentucky US.

Pagi ini, sangat aktif memplot begitu laju mendapat packet.

Bergerak 57km/h dengan bearing 124 darjah serta altitud 15907 m.
Bekalan bateri 4.143V dan solar 1.267V. Manakala, suhu dicatat-6.700C, Sats:8 dan S2L:5.

Sebenarnya, negara kita juga pernah menerbang belon altitud tinggi ini. Pada 18 Disember 2014 pelajar tahun akhir program Rekabentuk Kapal Angkasa, Pusat Pengajian Aeroangkasa USM. Berjaya menerbangkan belon altitud tinggi.

Menggunakan isyarat panggilan 9W2NSU-11 berjaya melepaskan belon hingga ke paras 73218 kaki.

Tujuannya juga mendedahkan masyarakat tentang aktiviti belon altitud tinggi.


No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...