Kuala Lumpur- 8 November 2017, Kapal pukat tunda kelas B yang dipasang dengan peranti Sistem Pemantauan Automatik (AIS) membolehkan bilik kawalan memaklumkan kepada kapal nelayan yang terlepas memasuki perairan negara lain untuk berpatah balik dengan segera.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, peranti AIS tersebut mampu menghantar isyarat kedudukan dan lokasi tepat kepada bilik kawalan sepanjang mereka berada di perairan negara untuk aktiviti perikanan.
"Sekiranya mereka (kapal) menangkap ikan di luar perairan negara kita, maka bilik kawalan boleh membuat panggilan suruh mereka balik ke perairan negara kita".
"Selain itu, sekiranya berlaku kecemasan di tengah laut atau kapal nelayan memerlukan bantuan, maka operasi penyelamat boleh menandakan lokasi mereka sekali gus memberikan bantuan dengan cepat," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Budiman Mohd. Zohdi(BN-Sungai Besar) mengenai manfaat yang boleh diperoleh melalui pemasangan peranti AIS ke atas kapal pukat tunda kelas B.
Menurut Nogeh, bilik kawalan juga boleh mengesan sekiranya peranti AIS itu rosak atau sengaja ditinggalkan di darat oleh nelayan.
Nogeh berkata, sebanyak 1,116 daripada 2,630 kapal pukat tunda kelas B telah memasa alatan AIS setakat Oktober tahun ini.
Sumber Kosmo Khamis 9 November 2017 m/s10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat
credit 9W2PRX Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Kejohanan tahunan pada tahun ini diadakan di negeri Pahang Darul Makmur. Venue bagi kejohanan Balapan dan Padang MSSM akan diadakan di St...
No comments:
Post a Comment