Satelit YB0X-1 berjaya dipukat

Pagi ini berjaya mendapat tiga beacon Satelit Lapan A2 YB0X-1. Sudah lama tidak mendapatkannya. Pagi ini dipermulaan tahun baru merupakan satu petanda yang baik.



Pagi ini juga, stesen 9W2JDY-1 di Kuantan turut mendapat satu packet. Satu stesen lagi dari 9M land adalah 9W2RLW-4 di selatan tanahair. Setakat pagi ini, 3 stesen dari Malaysia berjaya mendapat packet YB0X-1.


Stesen yang mendahului adalah YF1ZQA-10 sebanyak 36 packet. Satu lagi stesen  dari YB land adalah YB8XM-1 dengan satu packet.

Stesen VK land yang paling aktif VK6HV-10 tempat kedua kedudukan dengan 28 packet. Dua stesen HS land yang mengikuti rapat adalah HS3LSE-11 dengan 23 packet serta HS9DMC-10 dengan 3 packet.

Stesen DU land yang aktif DU6DKL-5 mendapat 2 packet serta DU6DKL-10 mendapat 1 packet.

Beacon YB0X-1 berjaya menebar ke seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan hingga ke Australia.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...