9W2VMB-1 Rembau

Pagi tadi mendapat pesanan ringkas dari Asrul 9W2VMB. Beliau bertanyakan tentang U2APRS kepadaku. 9W2VMB-1 merupakan antara stesen aprs yang aktif di Negeri Sembilan.

Beliau ingin kepastian bunyi semasa penerimaan packet dari radio ke telefon pintar. Menurut Asrul 9W2VMB, menggunakan kabel sambung radio ke telefon pintar. Jadi, jikalau menggunakan kabel sudah semestinya tidak kedengaran sebarang bunyi packet dari radio. Ia telah terus ke telefon pintar melalui kabel itu. Jika tiada kabel, sudah pasti kita dapat bunyi packet di frekuensi 144.390MHz menggunakan protokol AFSK.


Credit 9W2VMB


QTH Rembau di kelilingi beberapa digipeater seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Ledang dan Melaka. Setakat ini 2 stesen berjaya masuk ke Igate 9W2VMB-1.


9W2DFL-9 mendapat 5 packet dengan jarak paling jauh 22.9km.
9W2BRO-9 mendapat 3 packet dengan jarak paling jauh 22.1km.




Menurut Asrul lagi, beliau menggunakan antena V24 serta handy.
Aku mencadangkan set dua frekuensi aprs apabila handy yang mempunyai dual monitor. 144.390MHz dan 145.825MHz untuk satelit.

Syabas dan tahniah Asrul 9W2VMB merupakan satu-satunya stesen aprs yang aktif di Negeri Sembilan selain 9M4RTB-3.

73 Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Stesen AIS di Pulau Pinang oleh 9W2PRX

  Hasil trafik daripada Cg Zak 9M2ZAK telah memaklumkan kepadaku terdapat satu lagi feeder AIS di Pulau Pinang. Sudah pastilah feeder terseb...