Stesen BG2DLW di perairan Pontian

 



Stesen BG2DLW maritime mobile dilihat berada di perairan Pontian, Johor. Radas yang digunakan adalah handheld Yaesu VX-8. Mendapat packet dari stesen VK6RTH-3 sejauh 3939.2km di Perth, Australia.

    Kemudian turut mendapat packet dari VK6AHR-3 sejauh 3957.3km. Sehingga jam 8.43 malam stesen ini masih tidak berganjak koordinat 1 darjah 25.75' Utara dan 103 darjah 06.72' Timur.

   Sementara itu, stesen UR5FSV-8 telah berada di Pulau Mauritius. Pelayaran Alp Keeper towing FSRU mungkin menghampiri destinasi dituju. UR5FSV-7 kali terakhir dilihat di Acheh pada 13 April yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...