Radiosonde IMS8AFAA4 Belon Paya Lebar


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFAA4 isyarat pertama altitud 603m. Altitud ketinggian 1930m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-2 di Kulai.


Belon Bayan Lepas objek aprs D200422510 isyarat pertama altitud ketinggian 1494m. Altitud ketinggian 3207m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Belon KLIA isyarat pertama diterima dari Bangi jam 7:35 pagi. Objek aprs D20050485 muncul tiga minit selepas itu altitud ketinggian 1604m. Altitud ketinggian 2197m diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.

Jam 8:37 pagi muncul belon Kuantan objek aprs D20058504. Altitud ketinggian 22751m muncul di sondehub.


Altitud ketinggian 23295m isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2ZAK-4 di Kulai. Jam 8:43 pagi belon Bayan Lepas telahpun blast altitud ketinggian 24318m. Belon KLIA berada diruang udara Kanchong Tengah, Banting. Ada harapan pagi ini jatuh di daratan.
Jam 8:54 pagi belon KLIA telah melepasi garisan pantai di Morib. Musnahlah harapan jatuh ke darat.

Jam 9:01 pagi belon Kuantan telah blast altitud ketinggian 31336m. Jam 9:15 pagi belon KLIA pula blast altitud ketinggian 30895m. Jam 9:20 pagi belon Paya Lebar telahpun blast altitud ketinggian 36013m. Kemungkinan belon ini jatuh ke daratan. Kawasan jatuh mula di Permas.

Jam 9:48 pagi isyarat belon KLIA terputus dari Bangi altitud ketinggian 1793m

73, Jojet de 9w2dya

 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...