Belon Gemas Radiosonde J3233891 muncul petang tadi


 Petang tadi muncul semula belon Gemas yang sudah lama menghilang. Kemunculannya pasti ditunggu-tunggu oleh Pengejar belon. Radiosonde J3233891 merupakan jenis RS92-SGP buatan Vaisala. Jam 16:28 petang terbang altitud ketinggian 17185m. Jangkaan mendarat ketika itu berhampiran Linggi.


Kemunculannya disedari oleh rakan dalam group. Tangkap layar diatas menunjukkan jam 16:11 petang masih berada di Gemas. Tangkap layar rakan ini menggunakan ukuran imperial altitud ketinggian 40062 kaki.


Jejak penerbangan melintang ke arah barat seperti mana-mana belon dalam seminggu ini. Walaupun peralihan pertukaran  monsun telah bermula, angin tetap ke arah barat. Lebih seminggu Team SAR Tengah tidak mendapat apa-apa hasil setelah belon KLIA jatuh ke laut sahaja. Ramai yang berkumpul di Jengka bagi mengejar belon Kuantan sudah pasti jatuh ke darat.


Jam 17:03 petang belon berakhir pada altitud ketinggian 3906m. Altitud ketinggian maksimum 25051m. Menurut ramalan akan jatuh berhampiran Stadium Tampin. Koordinat 2.47587 darjah Utara dan 102.22195 darjah Timur.


Berdasarkan jejaknya yang tunggang-langgang kemungkinan faktor cuaca yang buruk sebelah petang tadi. Ia menggambarkan peranti yang terhoyang-hayang bagi payung terjun kehilangan arah.


Hasil trafik yang boleh dipercayai, belon Gemas aktif sehingga 1 April 2022. Jadi, peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...