Kolaborasi Team SAR Johor bersama Team SAR Pahang

Credit 9M2ZAK
 Kolaborasi antara Team SAR Johor dan Team SAR Pahang berjaya membawa kejayaan dua misi pencarian pagi tadi dan malam semalam.

Credit 9M2ZAK
Team SAR Johor terdiri daripada Zak 9M2ZAK, Faizal 9W2DVZ, Swl Akmal dan Swl Mira. Manakala, Team SAR Pahang ialah Naim 9M2CKG dan Ajoe 9W2XOR. Sebelah malam belon Kuantan D20053131 jatuh di Pusat Bandar Jengka. Rezeki Team SAR Johor kerana berdekatan dengan penginapan mereka sahaja.

Credit 9M2ZAK
TTGO peranti yang wajib dimiliki bagi pemburu belon. Boleh mengesan kedudukan terkini peranti radiosonde dengan tepat. Koordinat terkini dicerap daripada alat ini memudahkan tugas pencarian.

Credit 9W2DVZ
Jelopi diletakkan dibawah sinaran lampu jalan lebih selamat. Untungnya belon malam itu berdekatan dengan jalan utama. Dekat pula dengan Bandar memudahkan lagi misi pencarian waktu gelap ini.

Rakaman video Zak 9M2ZAK menunjukkan radiosonde dijumpai dalam semak. Waktu malam mudah kelihatan lampu LED merah dan kuning selain isyaratnya didengar dari corong radio.
Credit 9W2DVZ
Pencarian sebelah malam turut disarankan memakai vest pemancar balikan cahaya. Memudahkan dilihat oleh orang sekeliling. Secara tidak langsung menunjukkan sesuatu pekerjaan sedang dilakukan.

Credit 9M2ZAK
Peranti radiosonde dalam genggaman D20053131 mengesahkan misi pencarian malam itu. Peranti yang sangat lasak ini masih dapat berfungsi semula walaupun dijumpai dalam rumpun rumput atau timbunan daun mahupun tergantung lebih 85 hari. Pilihan yang bijak oleh Met Malaysia memilih radiosonde DFM17.

Credit 9M2ZAK
Buku catatan berserta bahan bukti misi pencarian dikumpul sebagai bahan bergambar. Buku catatan penting untuk merekod data setiap misi berjaya dilaksanakan.

Credit 9W2DVZ
Tamatnya misi, berkumpul semula sambil menghilangkan dahaga. Post-mortem turut boleh dilakukan bagi menilai keberkesanan setiap kali misi dijalankan. Seterusnya hasil bedah siasat itu boleh digunakan untuk misi pencarian akan datang.

Credit 9M2ZAK
Inilah kelainan eyeball bagi pengejar belon. Kebiasaannya handy diletakkan di atas meja. Tidak! bagi pengejar belon. Pelbagai bentuk dan warna TTGO mengambil tempat di atas meja. Lebih menarik lagi, peranti radiosonde yang masih aktif dengan nyalaan lampu LED turut menghias pandangan. Itulah lambang kejayaan setiap kali misi.

Credit 9M2ZAK
Belon Kuantan radiosonde D20053136 jatuh pada pagi 26 Mac 2022 jam 9:12 pagi. Misi kedua Team SAR Johor bersama tuan rumah Naim 9M2CKG. 

Credit 9W2PRX
Tangkap layar di atas merupakan gambar dan data bagi radiosonde sebelah malam iaitu D20053131. Koordinat 3.7424 darjah Utara dan 102.54115 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 66m.

Credit 9M2ZAK
Manakala, belon Kuantan sebelah pagi berada di koordinat 3.754 darjah Utara dan 102.50468 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 213m. Jatuh pada 26 Mac 2022 jam 9:12 pagi serta dijumpai jam 11:16 pagi.

Credit 9M2ZAK
Radiosonde D20053136 berjaya dalam genggaman buat kali kedua oleh Team SAR Johor di Pahang. Lampu LED masih menyala menunjukkan isyarat masih lagi aktif. Isyarat aktif memudahkan lagi pencarian dengan bantuan peranti TTGO. Koordinat terkini pasti dapat dikenalpasti dengan mudah.


Credit 9M2ZAK
Misi kedua berjaya ditemui turut direkodkan dalam buku catatan sebagai rekod rujukan masa hadapan. 

Credit 9M2ZAK
Pengejar belon bergambar bersama hasil buruan berserta senjata dan peralatan perang yang digunakan. Kali ini agak mencabar kerana belon tersangkut di atas pokok kelapa sawit. Terpaksa kait menggunakan galah bagi membawa ia turun dengan selamat.


Video rakaman Faizal 9W2DVZ menunjukkan Zak 9M2ZAK mengait peranti menggunakan joran disambut pula Naim 9M2CKG. Detik-detik kejayaan ini dikongsikan kepada semua.

Credit 9W2DVZ
Kerja-kerja merekod data serta mengambil gambar menjadi rutin setiap kali misi dilancarkan. Bukti-bukti ini mengesahkan kejayaan bagi kegunaan laporan di laman sesawang dan media sosial.

Credit 9W2DVZ
Suasana kawasan radiosnde yang dijumpai dalam ladang kelapa sawit. Berdekatan jalan ladang memudahkan akses dan seterusnya memudahkan pencarian. Ladang yang kemas dan bersih seperti ini turut menjadi faktor kejayaan sesuatu misi.

Credit 9W2DVZ
Akhir kata , tahniah kepada Team SAR Johor serta Team SAR Pahang atas kejayaan kolaborasi ini. Berjaya mendapat dua radiosonde atas gabungan yang mantap. Bersatu sebagai satu pasukan yang kukuh memudahkan mencapai kejayaan yang lebih besar lagi. Semoga Team Radiosonde Malaysia terus melebarkan sayapnya mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

73, Jojet de 9w2dya

2 comments:

  1. Mantapppp.. Anda semua telah berjaya mempraktikkan salah satu kaedah RF direction finder yang menjadi salah satu unsur atau ilmu dalam radio amatur. Terbaik

    ReplyDelete
  2. Betul Abg Azam ilmu ardf digunapakai bagi mencari kedudukan radiosonde

    ReplyDelete

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...