Program MARES Antenna 21 Ogos 2022

 



Hi semua!

MARES memerlukan sukarelawan bagi menaikkan antena Yagi HF multiband dan lain-lain antena. Setelah hampir 3 tahun projek tertunda akibat COV19, kami masih berusaha untuk melengkapkan kelab house dengan antena Yagi HF ini. Untuk menaikkan antena ini kami memerlukan sukarelawan sebagaimana aturkan di bawah : Tarikh : 21 Ogos 2022 (Ahad) Jam : 9.30 pagi - 1.00 petang Lokasi : Kelab Mares, Petaling Jaya (Google 9M4CME). Insyallah dengan ada nya antena ini maka kelab stesen Akan kembali dibuka pada semua ham radio untuk kegunaan bersama. Anda boleh berkendali di 80m-6m band (2m, 72cm Dan 2.4ghz) Insyallah. Nak DX tapi antena HF tak Ada?, tak boleh pasang di rumah?, Bini Bising?, Nak main contest tapi senjata antena tumpul? Tiada radio? 9M4CME Ada! 😊😊👌 Jom Bantu Kami untuk menyediakan kemudahan ham radio bersama 👍😄✌️

No comments:

Post a Comment

Pusing Sawah Bendang

  Cuti hari Malaysia pada tahun ini jatuh pada cuti penggal sekolah juga. Cuti panjang ini sekali lagi Damia mengajak ke Bukit Malawati, Kua...