Belon Merdeka berjaya ditemui Arul 9W2OCX

9W2OCX

 Semalam belon Merdeka yang dicari pada 31 Ogos 2022 berjaya ditemui oleh Arul 9W2OCX. Pencarian sebelah petang lebih mudah kerana daya penglihatan lebih jelas berbanding malam. Hanya beberapa meter sahaja dihadapan titik akhir. Malam itu telah disuluh ke anak pokok sawit. Namun agak sukar terlindung dibalik semak.

Credit 9W2OCX

Peranti radiosonde D21011862 jatuh di atas rumpun rumput. Oleh kerana pokok sawit masih kecil benang agak sukar untuk dikesan.


Video rakaman Arul 9W2OCX bersama Pakcik Pengawal keselamatan yang mengiringinya. Ladang Bedford merupakan ladang persendirian yang tidak boleh dimasuki tanpa kebenaran.


Video menunjukkan kawasan persekitaran belon ditemui. Jarak titik ke peranti 13.4m sahaja. Sememang tiada rezeki malam itu kerana tidak temui walhal sudahpun tiba dikawasan tersebut.

Credit 9W2OCX

Belon pecah kemungkinan cuaca buruk di angkasa sewaktu penerbangan. Faktor kepada membawa jatuh ke darat. Kemudian selepas jatuh isyaratpun turut hilang.

Credit 9W2OCX

Perekodan dibuat menandakan kejayaan misi telah sempurna. Tahniah! Kerjasama dengan pihak ladang Bedford membawa kejayaan pada misi kali ini.

Credit 9W2OCX



73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...