Belon Bayan Lepas Radiosonde D22027115 dijumpai di Juru

Credit 9W2PRX

 Jam 11:28 pagi hari ini, belon Bayan Lepas radiosonde D22027115 telah mendarat di Juru. Pasukan SAR Utara telah berjaya mencarinya terdiri daripada Abg Man Viper 9W2PRX dan Cikgu Katini.

Credit 9W2PRX

Berdasarkan kawasan pendaratan seperti di atas menunjukkan kawasan kolam dan parit. Altitud ketinggian terakhir adalah 915m.
Koordinat 5.29822 darjah Utara dan 100.27028.

Credit 9W2PRX

Peranti radiosonde D22027115 terapung di dalam kolam.

Credit 9W2PRX
Cikgu Katini 9W2TNY bersama peranti radiosonde D22027115 yang dijumpai. Lesen belon telah diperolehi dengan usaha dan kejayaan ini.
Credit 9W2PRX

Papan litar serta bateri dicabut daripada sarungnya. Kemungkinan basah dimasuki air.

Tahniah sekali lagi kepada Abg Man Viper 9W2PRX dan Cikgu Katini 9W2TNY atas kejayaan menyambut belon Bayan Lepas ke tanah besar di Juru.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...