Hari ini berjaya menjumpai empat unit radiosonde di sekitar Banting. Pembuka laluan pastilah belon KLIA pagi ini telah jatuh di jalan Durian. Jatuh jam 9:21 pagi di koordinat 2.7686 darjah Utara dan 101.5185 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 184m serta ketinggian maksimum adalah 26,483m.Jarak 0.5m merupakan jarak titik akhir terhampir. Ia berada di kawasan kelapa sawit muda. Namun, kawasan ini agak semak dan sukar untuk mencarinya. Mencari berpandukan GPS waypoint finder semata. Rupanya kawasan ini agak sukar untuk melakukan pencarian. Terpaksa berpatah balik ke jelopi untuk mengeluarkan rdzTTGOsonde bagi mendapatkan koordinat terkini. Sebelum itu mencari berdasarkan bunyi isyarat radio. Isyarat kuat berada di sebelah selatan yang agak semak.
Cucuk usb di kereta bagi mendapatkan koordinat terkini. Berdasarkan pengalaman lepas perlu sabar semasa mengimbas dilakukan. Bacaan perlu diambil setelah koordinat betul-betul stabil. Kadangkala bacaannya tidak tepat dan terpesong. Perlu menunggu sehingga ia tepat dan tidak berubah-ubah lagi. Setelah stabil bacaan yang diimbas adalah 2.76797 darjah Utara dan 101.51836 darjah Timur.Jarak 70.1m merupakan jarak dari peranti ke titik akhir. Altitud ketinggian terakhirnya adalah 184m. Ia dijumpai dalam semak berhampiran selekoh. Agak jauh juga mencari dengan keadaan persekitaran ladang kelapa sawit yang agak semak. Nasib baik isyarat masih aktif lagi. Bolehlah dapat koordinat terkini terus mendapatkannya.
Jarak jelopi semasa proses mengimbas ke peranti yang berada dalam semak lebih kurang 150m. rdzTTGOsonde berjaya mengimbasnya dengan antena kontot.
Koordinat hasil cerapan jam Garmin 2 darjah 46.0785' Utara dan 101 darjah 31.1007' Timur. Terpaksa meredah semak untuk mencapai benang yang kelihatan terlebih dahulu.
Saat paling menyeronokkan semasa misi pencarian adalah pemandangan benang tergantung di depan mata. Nasib baik ia jatuh agak jauh dari kelapa sawit yang menjulang tinggi. Peranti berada di dalam semak penghujung benang ini. Belon pula berada di sebalik pokok di sebelah luar.
Lampu menyala menandakan isyarat masih aktif. Menghampiri titik akhir jikalau mendengar bunyi, pasti ia juga saat mengujakan. Apa taknya? Harapan untuk mendapatkan peranti adalah sangat tinggi. Peluang mendapat koordinat baru sangat cerah dan memudahkan lagi misi pencarian walaupun persekitaran yang agak sukar.
Belon tergantung elok sebelah hadapan peranti bersebelahan dengan laluan tanah merah. Biasanya perlu tarik-tarik benang bagi mendapat kedudukan belon. Apabila ditarik benang, pastilah belon akan bergoyang. Ketika itulah, dapat mengenal pasti kedudukannya. Tidak perlulah menariknya jikalau ia tergantung agak rendah. Jikalau menariknya pasti ia akan tersangkut pada bahagian pokok yang paling atas. Sudah pastilah belon tersangkut selama-lamanya.
Pokok renek ini memudahkan menyelamatkan belon. Ia membantu memudahkan pencarian kerana ia berada tinggi dan mudah dilihat. Kali ini belon tidak pecah sepenuhnya. Masih ada serpihan peninggalan belon yang agak besar.
Koordinat belon hasil cerapan jam Garmin 2 darjah 46.0763' Utara dan 101 darjah 31.1009' Timur. Dua punca koordinat baru diperolehi dari jam Garmin dan GPS waypoint finder dapat dicari.
Peranti dan belon berserta rdzTTGOsonde dalam bekas di atas laluan tanah merah. Belon hijau turut berkeadaan baik tanpa pecah. Mungkin faktor membawa belon agak jauh ke hadapan mendarat sangkut ke pokok renek itu. Ia berjaya melepasi pokok sawit yang agak tinggi antara pokok sawit muda di titik akhir.
Keadaan selekoh lokasi belon dijumpai. Sebelah kiri merupakan kawasan belon dijumpai. Boleh rujuk tangkap layar di atas kawasan belon mendarat.
Sebelah kiri laluan dari titik akhir dan kereta diletakkan di jalan utama. Pokok renek di hadapan itulah belon dan peranti terhalang pergerakannya. Jika tiada pokok, pasti ia dijumpai di atas laluan tanah merah ini. Pokok sawit di hadapan itu berjaya dilepasi. Keadaan dibawahnya agak semak sememangnya menyukarkan pencarian.
Misi kedua radiosonde D22028662 jatuh pada 26 Januari 2023 jam 21:28 malam. Tidaklah jauh dari Jalan Durian misi pertama. Laluan menghubungnya sangat teruk pada beberapa bahagian. Ia memaksa aku berpatah balik ke Jalan Durian keluar ke laluan bertar yang lebih elok. Lokasi misi kedua di jalan Kenanga 1 Kg Sg Kelambu berdekatan Kg Sg Lang.
Koordinat belon hasil cerapan jam Garmin di atas manakala peranti pada gambar bawah. Benang terkumpul elok di sekeliling peranti.
Berdasarkan GPS waypoint di atas terdapat dua bahagian koordinat. Koordinat bahagian atas bersama tertulis kod radiosonde D22028662 sebagai tajuk. Bawahnya adalah koordinat titik terakhir bagi belon ini. Manakala di bahagian bawah pula adalah koordinat kedudukan semasa kita berada. Warna hijau jarum kompas dan angka jarak menunjukkan menghampiri koordinat yang disetkan. Bagi warna biru menunjukkan koordinat adalah tepat. Seterusnya warna kuning menggambarkan jarak ke koordinat yang masih jauh lagi.
Parit sebagai sempadan tanah dan juga mengelakkan binatang ternakan menceroboh kawasan. Sebenar binatang ternakan ini boleh sahaja melintasnya dengan mudah. Warna tanah gambut yang hitam biasa ditemui di sekitar Banting ini.
Bagi misi kedua ini, benang ditarik hingga dapat mencapai tangan pada belon. Setelah pelepah sawit itu melendut akibat belon yang tersangkut. Mencapai tangan dan terus tarik belon keluar dari celah pelepah itu. Nasib baiklah pelepahnya tidak terlalu tinggi. Maka bolehlah ditarik keluar belon dengan mudah. Maka, benang tidak terputus dan kekal menyambung antara peranti dan belon.
Misi ketiga belon KLIA radiosonde D22028046 telah jatuh pada 9 Januari 2023 jam 20:56 malam. Lokasinya di Jalan Sukun dipersekitaran Kampung yang terdapat kebun kelapa sawit. Ini merupakan kali kedua mencarinya. Pada 24hb Januari 2023 semasa cuti tambahan Tahun Baru Cina telah berjaya sampai ke titik akhir. Namun tidak menjumpai sebarang tanda memandang altitud ketinggian terakhir adalah 370m
Pada kali ini ,berjaya menjumpai radiosonde D22028046 pada jarak 101m. Oleh kerana ia dikelilingi rumah orang, terpaksalah memakai vest pemantul cahaya sebagai langkah keselamatan. Nasib baik juga ia ditemui di kebun kelapa sawit. Nampak benang sekali lagi semasa mencari di sebelah kawasan sawit itu. Tanpa berlengah terus masuk ke situ dari kawasan lapang sebelahnya.
Masa kali pertama sampai hari itu berjaya sampai di sini. Rezeki tiada sebab hujanpun turun dengan agak lebat. Pada kali ini, barulah sempat untuk mencari-cari dengan lebih lanjut. Menjadi prinsip pemburu belon mencari belon sehingga sudah berpuas hati tidak dapat menjumpainya. Barulah malam boleh tidur lena sebab sudah melihat-lihat kawasan yang dicari.
Misi keempat radiosonde D22028656 jatuh pada 22 Januari 2023 pada jam 21:27 malam. Pertama kali masuk ke kawasan Pulau Banting pada koordinat 2.83993 darjah Utara dan 101.50613 darjah Timur. Meletak kereta di tepi jalan kawan ladang kelapa sawit.
Tanpa berlengah terus masukkan semula papan litar ke dalam bekasnya. Bateri masih ada pada papan litar itu. Ini menggambarkan bahawa orang yang mencabutkannya sekadar ingin tahu isi di dalam sahaja.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment