Elok jumpa berhampiran antara satu sama lain


 Belon KLIA pagi semalam berjaya dicari walaupun lewat. hampir jam 1.30 petang barulah dapat dicari. Memandang cuti sekolah masih bertugas seperti biasa. Ia jatuh jam 9:28 pagi bertarikh 6 Mac 2023. Koordinat 2.71257 darjah Utara dan 101.83513 darjah Timur.
Altitud ketinggian terakhir 373m dan ketinggian maksimum 27,257m.


Jarak dijumpai 39.9m bagi altitud ketinggian terakhir 373m. Jumpa di tepi jalan sawit. Tergantung benang di antara device dan belon pelepah sawit.


Antena sensor menampung beban peranti di atas tanah. Pelekat MET Malaysia terpampang ketika dijumpai. Benang ke atas dari pelepah menyambung belon tidak berapa jauh sahaja.


Benang tidak melurut habis ketika penerbangan. Ia juga bergumpal menggambarkan ia berpusing hebat ketika jatuh ke bumi.


Belon hijau kelihatan di belakang, manakala peranti di hadapan. Oleh kerana, tersangkut pada pelepah menyebabkan ia berada sebelah menyebelah kiri dan kanan.






Jalan masuk ke belon dijumpai lebih kurang 200m sahaja. Jelopi di letakkan di tepi jalan utama. Ladang ini beralun. Perlu mendaki sedikit ketika sampai di kawasan belon jatuh.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...