Sebelum itu memandu dari base stesen terus menghala ke Dengkil. Melepasi sempadan Sepang/Hulu Langat berhenti di bahu jalan. Berpatah balik bawah jejambat Lebuhraya PLUS untuk melihat semula stesen tanda aras yang terdapat di situ.
Pada 4 Februari 2024 pernah mencari batu aras di bawah jambatan ini. Hanya terlihat semburan cat merah tertera BM sahaja. Pada kali ini, cuba mencari memandang plate juga boleh di bina di atas konkrit culvet atau JBA. Berdasarkan pengalaman itu, nescaya stesen ini pasti ada di situ.
Rupanya, betul berada di hujung tiang menghala ke Dengkil. Dedaun menutup atas konkrit tersebut. Terpaksalah membersihkan atas konkrit yang terdapat plate tersebut.
Terdapat kesan semburan cat berwarna biru tertera BM. Penghujung konkrit bawah jambatan Lebuh raya PLUS. Sebelum ini hanya menjangkakan ia seperti yang biasa dilihat bersegi empat tersebut. Rupanya plate berada di atas konkrit. BM#175 B 2010 di bawah jambatan Lebuh raya PLUS sempadan daerah Sepang/Hulu Langat. Koordinat 2.899910 darjah Utara dan 101.766750 darjah Timur.
Seterusnya ingin mencari stesen tanda aras B 2229 di bawah jambatan lebuh raya juga. Berpatah balik ke kereta berdekatan dengan stesen tanda aras B 00373 bersebelahan papan tanda Sepang. Terpaksalah membersihkan rumput-rumput yang menutup batu tanda aras tersebut. Perjalanan di teruskan melalui Jenderam Hulu ke bawah jambatan lebuh raya Elite.
Tiang pertama jambatan ini telah terlihat semburan cat merah tertera BM. Ada anak panah menunjukkan kedudukan batu tanda aras tersebut. Setelah dilihat tiada apa-apa tanda ia berada di situ. Rasanya plate telah ditimbus oleh tanah-tanah yang bertahun-tahun di situ. Konkrit yang tinggi seperti jambatan PLUS itu tiada. Agak sukar menentukan lokasi sebenar stesen ini.
Bergerak dari Presint 5 terus ke Maeps, Serdang. Tujuan bagi melihat batu sempadan paling utara Putrajaya. Ia merupakan kawasan kolam berpaya menjadi punca bagi tanah bencah Putrajaya.
Tiba berdekatan sebelum pintu masuk Maeps, Serdang. Kereta diparkir manghadap laluan yang ditutup. Terlihat Tanda Rujukan Ukur di atas bahu jalan. Tanpa berfikir panjang terus mendokumentasi penemuan pertama ini.
Terlihat juga semburan cat merah pada penghadang jalan tertera CRM. Rujukan google membawa maksud 'Coordinated Reference Mark'. CRM#1 nombor stesen B 05782-1 berdekatan penghujung sempadan Putrajaya.
Pemandangan di ambil di tepi jalan Maeps Serdang. Kawasan kolam menjadi punca air ke kawasan tanah bencah Putrajaya. Air sungainya berpunca dari kolam di UPM Serdang.
Bergerak ke depan lagi terlihat tanda 'HZ' di atas jalan yang sama. Perkataan 'HZ' ini sering dilihat pada aktiviti persempadanan negeri. Merujuk googel ternyata 'HZ' berkait rapat dengan persempadanan. Satu lagi maklumat berkait rapat dengan frekuensi.
Kelihatan yang ada kolam itu merupakan kawasan Putrajaya. Sebelah kiri berpagar pula milik Mardi ada plot kelapa.
Kawasan berkawat duri milik Putrajaya. Ada papan tanda amaran berkaitan aktiviti yang dilarang oleh orang awam. Ternyata tiada batu sempadan. Hanya kawasan yang berpagar menandakan Putrajaya sahaja.
Kawasan kolam persekitaran yang kemas dijaga rapi. Tidak pasti pintu masuknya di mana? Pasti menjadi kawasan tadahan yang perlu dijaga dengan baik sekali.
Selepas berpuas hati tiada batu sempadan sekadar pagar berkawat duri sahaja. Memandu terus mencari batu sempadan arah ke Putrajaya link.
Tiba Putrajaya link meltak kereta di tepi jalan berhadapan dengan papan tanda Putrajaya. Keluar sahaja kereta telah melihat batu tanda sempadan negeri 2/11. Berdekatan dengan konkrit JBA di atas rizab jalan berrumput. Koordinat 2.927894 darjah Utara dan 101.668463 darjah Timur.
Seterusnya menghala ke laluan sikal terlihat empat batang batu tanda yang dibaringkan. Batang batu sempadan ni dibaring di tepi tebing. Nombor stesen yang terlibat adalah 2/13, 2/14, 2/16 dan 2/17. Inilah ukuran sebenar sebelum ditanam di dalam tanah. Monumen milik Jupem ini telah ditanggalkan dari tempat asalnya.
Seterusnya sudah kelihatan batu tanda sempadan negeri yang terselamat tidak ditanggalkan. Stesen 2/15 berdiri megah pada persekitaran rumput yang baru sahaja ditanam. Kerja membersihkan tanah di persekitaran paip JBA dipercayai empat batu telah dicabut dari kedudukan asal.
Terowong laluan motorsikal yang tidak lagi digunapakai. Gelap dan licin akibat mendapan tanah berlumpur sangat bahaya untuk pengguna jalan raya. Haiwan liar menggunakannya untuk bergerak tanpa rasa diancam. Negara maju membina terowong bagi hidupan liar bergerak bebas sepanjang lebuh raya atau jalan utama. Ini dapat mengelakkan dari dilanggar kenderaan. Ini merupakan laluan sikal bagi laluan FT029 Puchong - KLIA.
Melepasi kawasan berpagar JBA yang sedang sibuk diselenggara oleh para pekerja. Bertegur sapa dengan pekerja yang berada di dalam pagar tersebut. Melewati mereka terlihat batu tanda sempadan negeri 2/18. Bermula dari sini dua batu telah tercabut adalah 2/17 dan 2/16. Stesen yang selamat 2/15 bersambung kepada 2/14 dan 2/13. Stesen 2/12 tidak diketemui.
Seterusnya menyusur lagi laluan berpokok hingga bertemu 2/20. Kawasan sempadan di sini merupakan kawasan hutan belukar menjadi sempadan bagi kawasan bersebelahan Putrajaya Sentral.
Kedudukan stesen 2/21 agak ke bawah di tepi tebing longkang bergaung. Nasib baik tiang batu ini berwarna putih. Ini memudahkan dikesan walaupun berada dipersekitaran bawah kanopi pokok.
Kelihatan stesen 2/22 agak unik hanya menggunakan besi paip sahaja. Bawah bersimen tertulis 2/22. Ukuran sempadan berdekatan banir pokok. Ini menyebabkan tiang batu tidak dapat ditanam. Ini usaha terbaik bagi melestarikan alam sekitar. Syabas Jupem menegekalkan warisan tumbuhan untuk tatapan generasi masa hadapan.
Masih menjejak laluan Juruukur yang bertungkus-lumus membina jajaran batu sempadan negeri ini. Kawasan bawah pokok yang lapang memudahkan laluan menjejak dari batu ke batu yang lain. Stesen 2/23 ditemui seterusnya.
Begitu juga stesen seterusnya 2/25. Kelihatan persekitaran batu ini dikelilingi dauan-daun pokok yang gugur. Ini menggambarkan kawasan pokok yang besar tumbuh dikeliling. Selain jejak Juruukur, jejak haiwan liar seperti babi hutan turut dapat dikesan. Kesan menyondol mencari cacing di tanah banyak dapat dilihat.
Stesen 2/26 berada di kelilingi spesies pakis. Namun masih dilantai tanah merupakan duan-daun mati masih banyak kelihatan. Agak terlindung. Memerlukan ketajaman penglihatan bagi menjejak batu ini. Namun, warna putih tersebut sangat banyak membantu.
Kembali persekitaran pokok-pokok yang lapang bagi stesen 2/27. Persekitaran daun-daun mati ini menggambarkan pokok-pokok besar memayungi dari mentari. Beberapa tahun lagi, pasti tiang batu ini diliputi lumut.
Stesen 2/29 berada ditebing berrumput yang di kelilingi dauan-daun mati juga. Sudah pasti mudah dilihat kerana terdedah dengan cahaya matahari kawasan agak lapang.
Kembali semula di bawah pokok. Namun, kelihatan di belakang batu ini rumput hijau bersemak tumbuh meliar. Pokok-pokok besar masih hidup menjadikan ekosistem yang sempurna mengekalkan bekalan oksigen. Stesen ini 2/30 dikelilingi daun-daun mati di atas tanah.
Stesen 2/31 berada di kawasan kegemaran babi hutan menyondol mencari cacing. Belakang tiang batu rumput hijau dan lalang tumbuh meliar. Masih di bawah kanopi pokok.
Jejak stesen 9W2DYA-5 ketika mencari batu-batu sempadan tersebut. Boleh diperhatikan pada tangkap layar di atas Jalan P7C berada di sebelah Putrajaya manakala laluan FT029 berada di sebelah Selangor. Putrajaya link diselenggarakan oleh syarikat konsesi lebuh raya E6 Elite.
Selapas batu 2/31 kawasan mula bersemak dipenuhi resam. Rupanya kawasan ini merupakan kawasan berbukit yang agak tinggi di penghujung berhampiran susur keluar Putrajaya Sentral. Batu paling hujung dikesan adalah 2/38 kelihatannya.
Menghampiri susur keluar dari Putrajaya Sentral kelihatan satu lagi Tanda Rujukan Ukur di atas jalan jalan. CRM#2 B 05679-1 penemuan yang kedua bagi kali ini.
Lupa nak mencerap koordinat bagi CRM#2 ini. Mudah sahaja lokasinya. Betul-betul penghunjung penghalang jalan susur keluar Putrajaya Sentral menghala ke Dengkil.
Seronoknya menjejak batu barkaitan dengan Jupem ini adalah pasti juruukur meninggalkan tanda. Semburan cat merah tertera CRM pada penghujung jalan memudahkan pencarian. Ini semuanya kebetulan sahaja. Misi utama adalah mencari batu tanda aras dan batu tanda sempadan negeri. Bonus di depan mata tidak boleh dilepaskan. Pastilah selepas ini Tanda Rujukan Ukur (CRM) menjadi sasaran pemburuan juga.
Kemudian berpatah balik mencari batu-batu yang tertinggal. Berjaya juga menjejak stesen 2/32 berada dikelilingi pokok resam. Warna putih tiang batu ini menjadi pedoman mudah dijejaki. Sebab itulah pencarian perlu mencari menggunakan kedua-dua arah. Arah pergi dan arah balik. Mungkin yang terlepas tadi boleh dikesan apabila mencari arah yang berlawanan pula. Sebab itulah pandangan jangan satu arah sahaja, perlu berani menerima pandangan arah berbeza bagi mengembangkan lagi potensi kejayaan.
Stesen seterusnya yang berjaya dijumpai adalah 2/24. Kawasan resam memang agak sukar dan menyorokkan tiang batu-batu ini. Pandangan pertama tidak berjaya. Namum, pandangan dari arah berbeza berjaya menemukan bagi percubaan kedua.
Pokok periuk kera berjaya ditemui kawasan antara stesen 2/18 dan 2/20. Mungkin kawasan pokok resam yang tebal ini kedudukan bagi 2/19. Pokok periuk kera hidup subur juga di kawasan tanah rendah seperti Putrajaya ini. Kebiasaannya banyak di temui hidup subur di dataran tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Lojing.
Pemandanga dari stesen 2/18 menghadap 2/15 yang terselamat dari dicabut oleh kerja-kerja pembersihan kawasan. Kawasan berpagar tersebut milik JBA bagi sistem pemantauan air paip. Ini hasil pertanyaan penulis kepada salah seorang pekerja tersebut. Sangkaan penulis menara telekomunikasi akan didirikan. Setelah bertanya barulah tahu kawasan berpagar tersebut adalah pusat pemantauan paip air bagi pelbagai fungsi seperti mengesan tekanan dan isipadu. Zaman teknologi berkomputer kini memudahkan kerja pemantauan dan penyelenggaraan. Maklumat di hujung jari sahaja. Data-data dianalisis dengan pantas bagi memudahkan mendapat hasil serta membuat keputusan.
Kemudian terus ke papan tanda Putrajaya bagi melihat batu sempadan. Tiba belakang papan tanda biru yang tegak berdiri itu, berjaya menemui dua tanda sempadan yang telah diukur dengan tepat. Stesen 2/10-1 bentuk bulat. Paku ditengah dan terbahagi dua tertera Sel untuk Selangor dan WP untuk Putrajaya. Permukaan bulatan disembur cat merah sedikit. Ada anak panah pada paku di tengah bulatan.
Manakala sebelahnya adalah stesen 2/10 berbentuk petak. Ada paku atau bolt ditengah petak itu. Anak panah menunjukkan titik ukur tersebut memisahkan sebelah kanan Wilayah dan sebelah kiri Selangor. Plastik sebagai acuan petak hampir tertanggal sudah. Angka 2/10 berada di bawah titik.
Berdiri dari titik sempadan itu sempat mengambil gambar tren ERL berlepas dari Putrajaya Sentral. Pokok resam memenuhi persekitaran menunjukkan berada di kawasan berbukit sebenarnya.
Pemandangan sebenar stesen 2/10 dan 2/10-1 di belakang papan tanda biru Putrajaya yang megah berdiri menyambut kehadiran pengunjung. Sebelah belakang papn tanda tersebut ada culvet milik JBA.
Selesai sudah misi pada pagi itu. Alhamdulillah berjaya menemui satu stesen tanda aras (BM), 2 stesen tanda rujukan ukur (CRM) dan 22 stesen tanda sempadan negeri Putrajaya/Selangor.
Selamat Menjejak!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment