9M4LBJ Rumah Api Bukit Jugra, Banting


 Hari ini sempat singgah sekali lagi ke Rumah Api Bukit Jugra sempena ILLW 2026. Berlangsung selama dua hari 15 dan 16 Ogos 2026. ILLW adalah International Lighthouse Lightship Weekend. Berlangsung pada hujung minggu yang ketiga bulan ogos setiap tahun.


Tahun lepas sempat pergi dengan Damia. Tidak pada hari ini. Ada monumen menerangkan tempat bersejarah berdekatan rumah api ini. WX tengah hari ini sangat cerah. Maklumlah sudah seminggu negara diselubungi jerebu asap dari negara jiran. Alhamdulillah langit biru dan berangin di atas bukit ini.



Sebelah kiri menerangkan tentang Paragliding di Bukit Jugra. Manakala sebelah kiri pula menerangkan Balai Cerap Bukit Jugra. Aktiviti paragliding bersebelahan dengan rumah api ini menghadap ke Selat Melaka. Balai Cerap Bukit Jugra juga bersebelahan tepi jalan utama. Tarikan pelancong bagi menarik lebih ramai lagi dengan adanya monumen penerangan.


Rumah Api Bukit Jugra serta rumah lain di Semenanjung dijaga oleh Jabatan Laut. Terdapat satu lagi menara radar milik Maritim Malaysia. Maka, dapat dilihat terdapat dua menara yang mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza.


Ketika tiba di rumah api ini perlu masuk minta izin terlebih dahulu. Rumah Api ini adalah kawasan larangan. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Nasib baiklah ada acara ILLW setiap tahun. Maka, operator radio amatur dapat masuk dengan kebenaran di rumah api yang dibenarkan sahaja. Peluang sebegini memang tidak dapat dilepaskan begitu sahaja.


Maklumat Rumah Api Bukit Jugra boleh diteliti pada papan info berdekatan pintu utama. Maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada pengunjung yang datang ke Bukit Jugra ini. Sebelum ke tempat paragliding, para pengunjung akan melintasi pintu utama ini. Sudah pasti memberi pengetahuan baru terutamanya kanak-kanak.


Laluan turun ke tempat pelepasan paragliding. Sepanjang berada di rumah api kelihatan ada tiga paragliding yang sama melakukan penerbangan membawa penumpang. Pada tengah hari itu, angin agak kuat tetapi tidaklah terlalu tinggi sangat penerbangan. Banyak yang dilihat terus turun ke kawasan pendaratan sahaja. Paling seronok dapat melihat selepas pelepasan dari tebing bukit. Ia akan semakin naik dan naik akibat tujahan angin ke atas. Kemudian barulah berlegar-legar selepas mencapai ketinggian yang sesuai. Seterusnya berlegar turun hingga ke kawasan pendaratan dengan selamat.


Semasa tiba turut kelihatan ada seorang rakan turun dari kereta juga. Panggil Soi 9M2SOI bersalaman dengan beliau terlebih dahulu. Kemudian station master Saiful 9M2LDX menyambut ketibaan dengan membuka pintu pagar. Kemudian bersalaman dengan yang lain pula. Pak Rosli 9M2RHQ baru masuk ke dapur sibuk untuk menyediakan hidangan makan tengah hari.


Oleh kerana acara ILLW merupakan aktiviti komunikasi antarabangsa. Maka, jalur HF untuk komunikasi radio jarak jauh. Dua antena dipole digunakan untuk stesen 9M4LBJ dan nombor ILLW adalah MY0006.


Antena Vdipole ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Kebiasaannya waktu tengah hari sukar untuk mendapat mana-mana isyarat radio. Pada kali ini jalur HF masih aktif dengan pelbagai contest dan special callsign sempena sesuatu sambutan.



Sepanjang pengetahuan penulis ada dua lagi rumah api yang aktif sempena ILLW 2026. Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka 9M4LHN dan Fort Cornwallis 9M4LFC di Padang Kota, Pulau Pinang.


Apabila ada acara istimewa seperti ILLW. Peluang untuk bertemu rakan ham yang tidak harus dilepaskan. Terutama yang ingin berjinak-jinak dengan hobi radio amatur ini. Banyak peluang mencari pengetahuan dan pengalaman boleh diperolehi. Semua kru tidak kedekut ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mereka sanggup bertukar-tukar ilmu dan pengalaman yang ada.


Pemandangan Kuala Langat dari Bukit Jugra. Pada kali ini cuaca panas serta langit cerah. Kapal-kapal di Selat Melaka juga jelas kelihatan. Seminggu sebelum ini cuaca berjerebu. Oleh kerana sehari sebelum hujan turun dengan lebatnya. Maka, dengan izin-Nya cuaca amat baik sekali.


Antena HF biasa digunakan untuk komunikasi jarak jauh. Aktiviti dxing merentasi luar negara membolehkan komunikasi berjalan dengan baik. Faktor antena yang sesuai setelah ditala dengan baik, pastilah dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang cemerlang.


Walaupun teknologi masa kini sangat canggih, peranan rumah api sebagai panduan navigasi kapal dagang masih relavan. Ia dapat menentukan kedudukan sesuatu tempat dan arah. Ia menjadi panduan penting kapten kapal apabila sistem navigasi satelit gagal berfungsi.



Bukit Jugra menghadap Pulau Carey. Keseluruhan pulau ini merupakan ladang kelapa sawit. Kawasan keliling turut dipenuhi hutan paya bakau.


Balai Cerap Bukit Jugra bersebelahan rumah api. Sangat penting dalam penentuan melihat anak bulan dalam kalendar Islam. Terutama penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal yang sangat ditunggukan setiap tahun.























No comments:

Post a Comment

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...