Keadaan jerebu pada minggu lepas agak teruk. Maka, tertanya juga bagaimana data tentang kualti udara ini dicerap. Pada ahad lepas hari terakhir cuti sekolah 6 September 2026 berkesempatan singgah salah satu stesen kualiti udara di Nilai. Oleh kerana bersebelahan sahaja dengan daerah maka bolehlah jenguk-jenguk. Sudah pasti stesen yang lain agak berdekatan bolehlah disinggah juga.
Banyak perlatan mencerap kaji cuaca dapat dilihat pada bahagian atas premis. Langit pada pagi itu amat baik sekali. Kedudukan stesen CA23N ini berada di tepi jalan sahaja. Mudahlah untuk singgah melihat-lihat.
Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik ini dimiliki oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Boleh rujuk alamat pada papan tanda yang diletak. Segala permasalahan dan pertanyaan boleh dirujuk pada alamat yang tertera. Tiada personel yang berada di situ. Stesen ini berjalan secara atomatik sahaja. Mungkin kerja-kerja penyelenggaran berkala pastilah ada petugas yang memantau. Walaupun begitu, terdapat kamera litar tertutup CCTV bagi memantau kawasan stesen ini.
Continuous Air Quality Monitoring Station CA23N terletak di Nilai. Kawasan perumahan Taman Semarak. Keliling juga kawasan perindustrian yang besar. Amat sesuai diletakkan di kawasan ini.
Menara yang paling tinggi turut dilihat terdapat CCTV disamping alat mencerap kaji cuaca. Bersebelah juga ada tiang mencerap alat kaji cuaca yang lain. Terdapat juga botol kaca tergantung pada tiang tersebut.
Menggunakan aplikasi APIMS iaitu Air Pollutant Index Management System. Boleh mengetahui indeks pencemaran udara dari stesen ini. Ketika itu bacaan adalah 168 kategori tidak sihat. Tidak boleh membuat aktiviti luar bilik darjah melebihi bacaan 100 API.
Lokasi Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik CA23N boleh diketahui dalam aplikasi tersebut juga. Stesen ini bersebelahan dengan sekolah.
Boleh juga menukar mod kepada peta satelit lebih jelas kedudukan stesen tersebut. Penulis lebih suka merujuk peta satelit kerana memberi gambaran kedudukan yang lebih jelas.
Tuntasnya penggunaan aplikasi ini memudahkan masyarakat memantau tahap indeks pencemaran udara tempatan. Boleh memilih lokasi yang kita berada bagi mendapat maklumat lanjut.
Kemudian bergerak ke Pekan Nilai. Sudah lama terperasan ada satu batu berwarna biru di tepi Sungai Batang Labu di situ. Kesempatan yang ada untuk singgah menyiasat jenis batu tersebut. Meletak kereta di bahu jalan yang selamat. Kemudian berjalan kaki ke tepi sungai tersebut.
Batu TBM milik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) tertera TBM Sungai Batang Labu 019. Pertama kali menemui batu TBM JPS ini. Kebiasaan batu konkrit petak dan permukaan yang rata. Berbeza TBM JPS permukan dari tengah pada paku tinggi dan menurun bahagian atas dan bawah paku seperti bentuk bumbung rumah. Koordinat batu TBM ini adalah 2.801927 darjah Utara dan 101.791687 darjah Timur. Pasti ada banyak batu TBM seperti ini sepanjang sungai.
Kemudian balik semula ke Bandar Seri Putra, Bangi. Sudah lama terperasan batu yang berwarna merah di hadapan SMK Bandar Seri Putra. Bersebelahan dengan parit hala ke Masjid. Sangat jelas dilihat dari kejauhan kerana warna merah tersebut dan ada paip ditengahnya.
Setakat ini, TBM 1 inilah batu yang satu-satunya yang dijumpai di kawasan Bandar Seri Putra. Pada masa ini kawasan yang sibuk dengan pelbagai projek pembangunan. Koordinat 2.813437 darjah Utara dan 101.791177 darjah Timur.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya













No comments:
Post a Comment