Tour De Selangor stage 2 Sg Buloh - Kajang

Hari ini merupakan perlumbaan Jelajah Selangor peringkat ke-2 Sungai Buloh ke Kajang. Kesempatan untuk mengikutinya di Dam Semenyih. Pintu pagar yang berlatarbelakang Empangan Semenyih. Lokasi strategik ini dipilih memandangkan tidak sempat untuk ke Bukit Hantu puncak tertinggi Jalan Sg Tekali ke Sg lalang.



Lebih kurang jam 2:30 petang telah berada di sini, selepas Pegawai Trafik menyuruh berhenti meletak jelopi di tepi pagar ini. Marshal perlumbaan berada dihadapan memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui tanpa halangan kenderaan.


Lima belas minit kemudian muncul pelumba pertama menyusur laju menuruni bukit. Kemudian dua pelumba lagi berdesup laju dengan jarak yang agak jauh juga.


Kemudian baru beberapa orang chaser mengikuti dari belakang dengan lajunya. Jarak yang ternyata berbeza di antara satu dengan lain. Memandangkan mereka dipisah setelah melalui pendakian bukit. Hanya pendaki yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental berjaya meloloskan diri dari kelompok.


Semua pelumba berpecah mengikut kumpulan kecil tidak membentuk peleton yang besar. Bunyi deruan basikal ketika menuruni umpama sekumpulan lebah sedang berterbangan. Hembusan angin dari pecutan turut terasa walaupun tempat itu angin sangatlah kuat.


Turut kelihatan pelumba merendahkan kedudukan badan untuk mengurangkan rintangan angin. Pelumba yang dihadapan melakukan sedemikian untuk meningkatkan jurang perbezaan dengan pelumba dibelakang.


Pelumba yang bijak turut mengikut dibelakang dalam satu barisan yang panjang. Ini biasa berlaku semasa menuruni bukit yang panjang dan laluan lurus. Manakala yang masih bertenaga, sedaya upaya untuk meloloskan diri dari kelompok. Pelbagai gaya dan aksi ditonjolkan oleh pelumba untuk menjarakkan diri ke garisan penamat di Kajang.



Kenderaan pasukan kepada pelumba yang berada dihadapan berada di tengah-tengah perlumbaan. Menyusup laju mengikuti pelumba harapan yang sentiasa mendahului perlumbaan sejak awal lagi. Banyak jenis kenderaan yang mengikuti konvoi ini yang mempunyai peranan tersendiri bagi melicinkan perjalanan pertandingan.


Result of KOM3 (Cat 3) at Sungai Tekali:
Stage 2 :Sungai Buloh - Kajang
Tour De Selangor 2019 ðŸš´‍♂️ ⬇️
.
1. Culey (TSC)

2. Ahmad (PGN)
3. Projo (NEX)
4. Watanabe (AIS)

.

Tempoh 15 minit diambil untuk melengkap ke semua pelumba melalui dihadapanku. Pelumba yang terakhir diikuti dengan semua kenderaan konvoi.


Laluan menuruni bukit yang lurus ini juga peluang untuk merapatkan kembali oleh kelompok belakang. Pelumba pecut tidak melepaskan peluang untuk merebut kembali kedudukan. Sayangnya jaraknya agak jauh  untuk mengejar kembali.


Betapa lajunya pelumba menuruni bukit ini dengan hanya meninggalkan bayang pada lensa telefon pintar. Ini bukanlah jurugambar profesional untuk menangkapnya. Tetapi ini hasil berjaya dirakam pada petang tadi.


Pelumba terus mengayuh dilaluan menuruni bukit yang lurus tanpa menoleh belakang lagi. Setiap saat amatlah berharga bagi menentukan pemenang. Mereka akan terus mengayuh hingga ke simpang Pekan Semenyih dengan jarak 10km ke garisan penamat di Kajang. 


Semasa perlumbaan ini terlihat dua jelopi repeater. Jelopi ini berada dihadapan dan dibelakang perlumbaan konvoi. Setiap jelopi mempunyai antena magmount. Radio komunikasi semasa perlumbaan besar ini amatlah penting. Kelancaran perjalanan pelumbaan turut ditentukan dengan sistem komunikasi yang baik.

73, Jojet de 9W2DYA



Frekuensi Kecemasan

Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019

Pengendali Radio Amatur

Calling Channel (2m)  V40 145.500MHz
Emergency Frequency (40m)  7.110MHz CoA (LSB mode)
Emergency Frequency (2m) 144.260MHz
Emergency Frequency (70cm) 434.260MHz

Orang Awam PRS- Personal Radio Service

Calling Channel  477.6500MHz
                             477.1375MHz
Emergency Channel 477.6250MHz
                                  477.1125MHz

KMITL HAB E24TZI-11 & E21QJU-11

Aktiviti High Altitude Balloon KMITL stesen E24TZI-11 dan E21QJU-11 pada petang ini.



King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang mengaktifkan dua stesen HAB E24TZI-11 dan E21QJU-11.


Jam 5:11 petang stesen E21QJU-11 semakin meningkat ketinggian 1108m. Bergerak kelajuan 57km/h  alitude 1320m jam 5:15 petang.





APRS diaktifkan 9W2DYA-1 9W2DYA-2 9W2DYA-3

Malam ini dengan bantuan Igate 9W4GOT-1 Putrajaya ke semua digipeater 9W2DYA berjaya diaktifkan. Ketiga-tiga digipeater ini bekerja di bawah satu bumbung. QTH di base Bandar Seri Putra, Bangi.


9W2DYA-1 dan 9W2DYA-3 menggunakan TNC51, manakala 9W2DYA-2 menggunakan router TL-MR3020 yang ditanam tnc open tracker oleh Eddie 9W2EDK


Ketiga stesen menggunakan hand-helds sahaja untuk bekerja.
9W2DYA-1 menggunakan radio baofeng dengan bantuan antena Nagoya NA-771.
9W2DYA-3 menggunakan radio TYT TH-UVF9 dengan bantuan antena rubber duck.
9W2DYA-2 menggunakan radio TYT TH-UVF8 dengan bantuan antena homebrew quarterwave ground-plane hasil kerja tangan Pak Razif 9W2JQQ. Setiap radio menggunakan high power untuk memancar.


Jarak sebenar dari Base Bandar Seri Putra ke Putrajaya 9W4GOT-1 adalah 8.7km. 9W2DYA-1 dan 9W2DYA-3 radio diletak ditingkat 1 manakala ketinggian antena 9W2DYA-2 lebih kurang 6m dari aras bumi.
9W2DYA-1

9W2DYA-1 dan 9W2DYA-3 boleh terus memancar ke 9W4GOT-1 sejauh 8.7km. Tetapi 9W2DYA-2 perlu bantuan 9W2DYA-1 dan 9W2DYA-3 untuk menerima packet dari 9W4GOT-1.

9W2DYA-3


Frekuensi APRS di Malaysia adalah 144.390MHz manakala untuk satelit adalah 145.825MHz. Mode digital APRS ini ada peminatnya tersendiri. Semakin berkembang di Malaysia terutama di Lembah Klang, Melaka, Johor, Ipoh, Kelantan dan Pulau Pinang. 

9W2DYA-2

Seharusnya setiap rakan ham harus mengaktifkan aprs bagi memudahkan kedudukan diketahui semasa QSO. Lagipun negara kita mempunyai rangkaian internet yang terbaik. APRSdroid merupakan perisian yang boleh dimuat turun pada telefon pintar masing-masing.
9W2DYA-5

Stesen 9W2DYA-5 menggunakan perisian U2APRS pada telefon pintar untuk mengaktifkan Igate. Ia sebagai backup untuk digipeater 9W2DYA yang lain.

73, Jojet de 9W2DYA

Terima isyarat 9M4RXB-3 & 9W2OTG-9


RX 9M4RXB-3 Digipeater Reaksi Bukit Larut jarak 95.4km dari Sungai Petani oleh 9W2DYA-5


RX 9W2OTG-9 mobile jarak 137.14km dari Sungai Petani oleh 9W2DYA-5


RX 9W2KJS-9 mobile jarak 32.92km dari Sungai Petani oleh 9W2DYA-5


RX 9W2PFB-9 mobile jarak 54.65km dari Sungai Petani oleh 9W2DYA-5

73, Jojet de 9W2DYA

Berkunjung kedai Hj Sanusi 9W2HSX

Pagi ini berkesempatan berkunjung ke kedai Hj Sanusi 9W2HSX QTH Lagenda Height Sungai Petani.


Sudah lama merancang untuk melawat ke sini. Baru pagi ini dapat melakukannya.


Sekadar melihat difacebook sahaja rakan swl dari Pasir Gudang turut tiba. Beliau menukar mikrofon mobile set disini. Seterusnya pulang ke Johor setelah menukar mikrofon itu.


Pelbagai jenama radio turut dipamerkan. Peralatan seperti antena tidak ketinggalan untuk kegunaan base mahupun mobile.


Rambang mata dibuatnya malangsekali duit tiada untuk memiliki barangan idaman. Bak kata orang kita survey dulu, ada kelapangan lain boleh berkunjung semula.


Segala keperluan radio lengkap disediakan. Bolehlah beli mengikut kemampuan dan minat.


Menurut staf Tn Haji Sanusi 9W2HSX pagi itu tiada kerana sibuk dengan majlis perkhwinan. Maklumlah cuti sekolah yang panjang menjadi pilihan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...