Radiosonde Pertama dijumpai di Singapura

Credit 9M2ZAK

 Malam semalam telah melakar sejarah bagi Team SAR Selatan berjaya pertama kali mendapat radiosonde di Singapura. Choong Sek Yeen 9W2CEI/9V1CV berjaya mendapatkan radiosonde iMS-100  dengan bantuan Team SAR Selatan.

Credit 9M2ZAK
Zak 9M2ZAK telah membuat tinjauan di google earth dan menandakan titik akhir serta titik jangkaan radiosonde dijumpai. Untungnya ia jatuh di jalan yang sunyi serta berdekatan dengan deretan pokok. Kemudian Choong 9W2CEI/9V1CV terus ke lokasi kejadian dari saltmine. Beliau menuju ke koordinat titik akhir seperti direkodkan dalam radiosonde atas maklumat Faizal 9W2DVZ.

Credit 9M2ZAK

Radiosonde IMS10CB0C telah jatuh pada 18 Mac 2022 jam 20:38 malam. Altitud ketinggian terakhir 133m dan altitud ketinggian maksimum adalah 21594m. Koordinat 1.38037 darjah Utara dan 103.72286 darjah Timur di kawasan Choa Chu Kang, Singapura.

Credit 9M2ZAK

Jejak pergerakan belon dari Paya Lebar hingga jatuh di kawasan Choa Chu Kang. Berlegar di atmosfera Singapura sahaja bagi altitud ketinggian maksimum 21584m.

Beberapa petikan rakaman video oleh Choong 9W2CEI/9V1CV semasa penemuan radiosonde malam semalam. Beliau sampai ditempat kejadian jam 9:30 malam.


Detik pertama kali jumpa di sebatang pokok di tepi jalan.


Berjaya mendapat.


Radiosonde dan belon


Radiosonde masih hidup.


Saat bateri dicabutkan.


Persekitaran kawasan radiosonde ditemui.


Payung terjun masih tersangkut di atas pokok.


Tinggi sungguh ia tersangkut.


Benang mencecah hingga ke tanah.
Credit 9W2CEI/9V1CV

Radiosonde iMS-100 berada dalam genggaman Choong 9W2CEI/9V1CV buat pertama kalinya. Sebelum ini telah menemui lokasi radiosonde, malangnya peranti tersangkut diatas pokok. Tidak pasti ia sudah jatuh ke bawah atau belum. Kita tunggu berita dari Choong 9W2CEI/9V1CV nanti.

Credit 9W2CEI/9V1CV

Hasil tangkapan Choong 9W2CEI/9V1CV pada malam itu. Kerjasama yang padu oleh Team SAR Selatan membawa kejayaan mendapat radiosonde pertama di Singapura. Tahniah sekali lagi kepada Choong 9W2CEI/9V1CV membawa pulang radiosonde dengan jayanya.

73, Jojet de 9w2dya

Team SAR Penang Berjaya Mendapat 2 Radiosonde

Credit 9W2PRX

 Pada 17 Mac 2022 yang lalu Team SAR Penang telah berjaya mendapat dua radiosonde yang telah bertapa selama lebih 85 hari. Arul 9W2OCX dan Mamu 9W2PRX telah menuntut ilmu dan mendapat pengalaman yang luas setelah turun SAR di kawasan tengah dan selatan tanah air. Masing-masing telah berjaya menemui tiga radiosonde sepanjang menuntut ilmu dan pengalaman itu.

Credit 9W2OCX
Atas ilmu yang cukup didada serta beberapa pengalaman telah dikutip. Team SAR Penang telah melancarkan misi untuk mencari semula radiosonde yang jatuh pada disember 2021. Usaha berbaloi dan akhirnya berjaya memperolehi dua daripada tiga misi.


Misi pertama yang berjaya adalah radiosonde D20052648 di jalan TM Bukit Penara. Jatuh pada 21 Disember 2021 jam 21:00 malam dengan altitud ketinggian 507m. Stesen radiosonde yang menerima isyarat terakhir itu adalah 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Video rakaman Arul 9W2OCX ketika berjaya menemui belon yang masih tersangkut di atas pokok. Belonpun bertukar warna kemerahan selepas berpanas berhujan serta berkabus di kawasan bukit.


Belon yang tergantung dengan benang yang terjuntai ke bawah memudahkan pencarian. Menurut Arul 9W2OCX menjumpai belon dahulu sebelum mendapat peranti di bawah pokok.


Jarum kompas digital bertukar hijau dengan jarak tertera 23.8m sahaja lagi. Biasanya jikalau hijau peranti semakin menghampiri untuk ditemui.

Radiosonde dalam genggaman serta jarum kompas digital bertukar biru dengan jarak lebihan 4.3m dari koordinat yang dicari. Aplikasi GPS waypoint finder sangat bagus serta memudahkan tugas pencarian. Koordinat radiosonde D20052648 adalah 5 darjah 23.14' Utara dan 100 darjah 15.62' Timur. Koordinat yang mereka perolehi dari sondehub adalah 5.385455 darjah Utara dan 100.260393 darjah Timur.


Radiosonde D20052505 jatuh di Balik Pulau. Koordinat 5 darjah 21.60' Utara dan 100 darjah 13.87' Timur. Jam 9:04 pagi dengan altitud ketinggian 551m pada 23 Disember 2021. Stesen radiosonde yang menerima isyarat terakhir adalah 9W2EYR-14 di Sungai Petani juga.


Video rakaman Arul 9W2OCX berjaya menemui radiosonde yang tergantung di tepi pagar. Berbuai-buai ditup angin seolah-olah memanggil mata untuk dilihatnya. Masa yang tepat untuk datang mengambilnya walaupun sudah lebih 85 hari tergantung tidak berusik. Kuat sungguh benang yang digunakan untuk radiosonde ini.


Bolehkah anda kesan peranti radiosonde yang tergantung itu? Bergantung di tepi pagar tangki air. Masih kukuh tergantung selagi tidak dikacau atau disentuh. Mudahlah mencarinya walaupun lebih 85 hari di situ.


Video oleh Mamu 9W2PRX merakam detik Arul 9W2OCX mengambil peranti D20052505 yang tergantung dekat tebing berpagar. Hebat kedua stesen berjaya mendapat dua radiosonde dengan pelbagai cabaran. Namun, usaha yang tidak kenal jemu dan bersemangat tinggi membuahkan hasil.

Credit 9W2OCX

Mamu 9W2PRX beraksi mendaki ke puncak jaya untuk mencapai matlamat bagi radiosonde yang kedua. Usaha tangga kejayaan. Walau apapun halangan perlu dihadapi jua dengan semangat yang kental. Namun faktor keselamatan perlu diambil kira juga.

Credit 9W2OCX

Dua stesen ini berjaya meletakkan senarai radiosonde yang berjaya ditemui dalam carta. Syabas dan tahniah kepada Mamu 9W2PRX dan Arul 9W2OCX berjaya mendapatkan radiosonde lebih 85 hari ditemui. Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan kerja ini. Kerjasama berpasukan yang tinggi perlu wujud bagi mencapai objektif. Ilmu dan pengalaman yang ada sangat membantu dan memberi keyakinan yang tinggi bagi mencapai kejayaan.

73, Jojet de 9w2dya


Berjaya Dapat 2 Belon KLIA Jatuh Malam

Credit 9W2MFE

 Pagi tadi berjaya mendapat dua belon KLIA yang jatuh pada waktu malam bersama Yatt 9W2MFE. Radiosonde D20051303 jatuh malam tadi bersebelahan kilang sawit di Pulau Carey. Manakala, radiosonde D20054773 jatuh pada malam 16 Mac 2022 di ladang Dusun Durian, Banting.


Radiosonde D20051303 jatuh 17 Mac 2022 jam 21:14 bersebelahan kilang sawit dan SKVE. Altitud ketinggian terakhir 30m dan altitud maksimum 18997m. Stesen radiosonde 9W2VDN di Putrajaya bekerja dengan cemerlang mendapatkan altitud bawah 50m.


Radiosonde D20054773 telah jatuh pada 16 Mac 2022 jam 21:26 malam. Altitud ketinggian terakhir adalah 35m dan altitud ketinggian maksimum adalah 22555m. Ia jatuh di ladang Dusun Durian, Banting.


Pada malam ia jatuh, aku dan Hanif 9W2VHF telah cuba mencarinya dari sebelah Jalan Kelanang. Sayangnya pencarian terhenti pada titik tinggal lagi 273m. Parit yang besar menghalang kami memasuki kawasan pencarian. Isyarat pada malam itu, masih lagi aktif. Terpaksa berpatah balik untuk mencari laluan masuk yang baru. Laluan sebenarnya adalah Ladang Dusun Durian milik Sime Darby. Pegawai bertugas mencadangkan mencari sebelah siang kerana laluan tidak sesuai untuk jelopi.

Credit 9W2MFE

Kami bersarapan terlebih dahulu di sebuah warung di tepi jalan masuk ke Pulau Carey. Oleh kerana Yatt cuti,  turut serta dalam misi pagi ini. Sebelum aku tiba, Yatt telahpun membuat tinjauan laluan masuk bersebelahan kilang sawit. Hasil perbincangan bersama, laluan bersebelahan kilang adalah yang terbaik.


Pekena nasi lemak dan lempeng, sangat mengenyangkan sebelum misi pencarian dilancarkan. Ada banyak pilihan warung di sini untuk bersarapan. Yatt 9W2MFE turut memuat turun aplikasi GPS waypoint finder bagi melicinkan pergerakan mencari. Memasukkan koordinat D20051303 bersebelahan kilang sawit.


Ini merupakan pertama kalinya kami memasuk ke ladang sawit berhampiran kilang. Kami berkongsi kereta memudahkan misi mencari. Jelopi Yatt 9W2MFE ditinggalkan ditepi jalan berhampiran warung. Perjalanan diteruskan melalui laluan tempat letak kereta pegawai di kilang. Terus ke hadapan seiring dengan paip penyambung kilang sawit yang tidak berfungsi lagi. Sehingga bersebelahan kilang sawit jarak semakin hampir. Kurang 20m kami berhentikan kereta dan meneruskan pencarian dalam kebun sawit.


Melangkah parit yang berair berpandukan arah jarum kompas digital. Benang telahpun dilihat Yatt 9W2MFE sebelah baris dihadapan. Terpaksa berpatah balik melintas parit ke barisan hadapan pula. Peranti berada di atas rumput, manakala belon di baris hadapannya pula.

Rakaman video di atas oleh Yatt 9W2MFE semasa menjumpai peranti di atas rumput. Kemudian mengikut benang untuk mengesan kedudukan belon selang baris di hadapan.


Keadaan belon masih sempurna walaupun pecah pada bahagian atas. Hari ini dua belon yang diperolehi agak sempurna walaupun  pecah sedikit. Memang tangan Yatt 9W2MFE yang bertuah memegang ke semua belon dalam keadaan sempurna.


Koordinat radiosonde D20051303 yang dijumpai 2 darjah 52.9084' Utara dan 101 darjah 25.9117' Timur. Alhamdulillah, dapat jumpa berdekatan jalan sawit sahaja. Mudah dan tepat dengan bantuan stesen radiosonde 9W2VDN yang mencerap altitud dibawah 50m.

Credit 9W2MFE

Selepas mengambil data dan gambar serta mengemas belon. Pulang semula ke jelopi Yatt 9W2MFE di tepi jalan Pulau Carey dekat Telok Panglima Garang. Misi berjaya dan mudah hasil kerjasama berpasukan yang mantap. Baik team SAR dilapangan mahupun penyedia penerima isyarat radiosonde. Saling perlu memerlukan diantara satu sama lain.


Rakaman video oleh Yatt 9W2MFE hasil tangkapan radiosonde D20051303 bersebelahan kilang sawit. Mudah akses dan laluan sawit yang dalam keadaan baik berbanding dilaluan yang ada Pondok Pengawal di sebelah atas lagi. Membuat pilihan laluan yang tepat memudahkan operasi pencarian. Pilih laluan yang selamat walaupun ia jauh mahupun dekat. Bagi mengelakkan sebarang kesukaran yang mendatang.


Kami berkonvoi ke Ladang Dusun Durian dari Jalan Bandar Lama masuk ke Jalan Pusara melalui jambatan merentasi Sungai Langat. Berkomunikasi melalui V40 145.500MHz setiap simpang yang dilalui. Kemudian belok ke kanan melalui Kampung Sg Buaya sebelum ke kiri Jalan Sultan Sulaiman Shah. Melintasi SM Sains Banting dan Kolej Komuniti Kuala Langat sebelum perumahan TUDM Jugra. Belok ke kanan  dan kemudian ke kiri untuk terus ke Dusun Durian melalui Jalan Kelanang B59. 


Tiba di Pos Pengawal melapor diri kepada pegawai yang bertugas. Terus ke kawasan kompleks untuk melihat persekitarannya. Setelah Yatt 9W2MFE memasukkan koordinat D20054773 barulah kami bergerak ke destinasi yang dituju. Laluan berhampiran pos pengawal tadi. Bergerak melalui jalan sawit yang lecah tidaklah terlalu sukar.


Berpandukan jarum kompas digital laluan dipilh berdasarkan arah yang ditunjukan. Terpaksa meletak kereta di lokasi yang sesuai dan selamat agar tidak menghalang laluan pekerja dan kenderaan ladang. Ada lebih kurang 400m jarak ke tapak pendaratan belon. Berjalan semula laluan kenderaan sebelum melintas titi konkrit ke kawasan pendaratan. 
Credit 9W2MFE

Lagi 80m kami telah nampak kelibat peranti radiosonde tergantung di hadapan. Berpusing-pusing ditiup angin serta memancarkan sinaran apabila terbias cahaya matahari. Belon dijumpai terlebih dahulu sebelum ke peranti yang tergantung elok selang berapa baris.

Credit 9W2MFE

Lokasi radiosonde D20054773 dijumpai 2 darjah 47.7992' Utara dan 101 darjah 27.0957' Timur. Lengkaplah dua misi pagi ini, berjaya bawa balik peranti setiap seorang. Untungnya kedua radiosonde ini ditemui dengan altitud ketinggian bawah 40m sangatlah membantu.
Selepas mengemas dan mengambil data, berpatah balik ke jelopi. Tiba di pos pengawal menunjukkan hasil yang diperolehi sebagai bukti. Kamipun berpisah ke destinasi masing-masing melalui Jalan Kelanang semula. Singgah di Masjid Jenderam Hilir untuk solat jumaat.

73, Jojet de 9w2dya

Misi Mencari Radiosonde RS41-SG di Ulu Choh

Credit 9M2ZAK

 Misi mencari radiosonde RS41-SG di Ulu Choh bersama Zak 9M2ZAK dan harmonic Akmal. Misi pencarian kedua bagi Zak 9M2ZAK telah gagal pada hari ia jatuh 26 Februari 2022 yang lalu. Misi kedua bersama penulis telah diadakan pada 4 Mac 2022. Kesempatan cuti sekolah mencuba mengejar belon iMS-100 dari 3 hingga 5 Mac 2022.

Credit 9M2ZAK

Malam pertama di Pontian Zak 9M2ZAK membawa ronda mengejar belon. Sayangnya belon jatuh ke laut. Selepas berpatah balik semula ke Pontian, eyeball bersama Saiful 9W2DCW.

Credit 9M2ZAK

Datang sebagai pemain import dari kawasan tengah untuk mencuba nasib mengejar belon iMS-100 pula. Pasti berbeza berbanding DFM-17 yang dilepaskan Met Malaysia dengan iMs-100 oleh Met Singapura. Saiful 9W2DCW base hanya di Pontian sahaja manakala Zak 9M2ZAK base di Kulai. Jauh perjalanan turun ke Pontian untuk mengejar belon.


Suasana pagi di Pontian menunggu belon jatuh. Tetap ke laut juga bagi penantian kedua pagi itu. Mengikut perancangan jika belon ke laut misi ke Ulu Choh terus dijalankan pagi itu. Sempat bersarapan nasi lemak di dataran dua hari berturut. Kemudian teruskan pemanduan ke Ulu Choh.
Credit 9W2DCW

Sampai Ulu Choh melalui Kg Melayu sebelum terus ke Empangan Pontian. Menunggu Zak 9M2ZAK tiba dari Kulai. Sempat sembang bersama Pakcik yang menjaga kawasan empangan tersebut. Menerangkan kehadiran di situ bagi mendaki bukit berhampiran empangan untuk mencari belon kaji cuaca. Beliaupun telah maklum kerana hari kejadian Zak 9M2ZAK dan Faizal 9W2DVZ telah mencuba mencarinya.


Empangan Pontian lokasi permulaan trek ke tapak belon jatuh di atas bukit bersebelahannya. Melalui padang pendaratan helikopter menyusuri pagar terpaksa melalui laluan air yang agak lecak.


Bergambar sebelum bergerak ke puncak bukit. Mula sebelah kiri penulis 9W2DYA, harmonic Zak SWL Akmal, Zak 9M2ZAK serta Pakcik pengawal keselamatan.


Radiosonde T0310520 merupakan jenis RS41-SG jatuh bersama iMS-100. Dua jenis radiosonde dilepaskan serentak pada 26 Februari 2022 jam 11:50 pagi mendarat. Sebab itu bersungguh untuk membantu Zak 9M2ZAK melancarkan misi. Ini kerana ada dua jenis radiosonde.


Radiosonde T0310520 jatuh pada koordinat 1 darjah 32.70' Utara dan 103 darjah 32.18' Timur. Altitud ketinggian 114m berjaya direkodkan. Selepas melepasi kawasan berpagar bersebelahan trek yang kami lalui, terus meneroka mengikut bearing jarum kompas digital. Aku pula membuat marker ikat di batang pokok-pokok sepanjang laluan.


Zak 9M2ZAK membuka laluan diikuti SWL Akmal serta aku dibelakang menanda marker. Ia penting sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sesat di dalam hutan. Melalui beberapa bukit sebelum tiba di kawasan puncak yang berbatu besar di sekelilingnya. Merujuk jam garmin ketinggian yang direkodkan adalah 448m dari aras laut.


Kemudian turun ke bawah sedikit melalui kawasan berbatu dengan berhati-hati. Walaupun sudah berhati-hati, akhirnya aku tergelincir juga dikawasan berbatu yang licin. Kemudian semakin hampir kawasan carian terlihat payung terjun dan belon tergantung di hadapan mata.


Penemuan ini mengesahkan radiosonde telah berjaya ditemui lokasinya. Misi seterusnya mencari peranti radiosonde di bawah pokok yang tergantung payung terjun dan belon. Turun semula mengikut laluan yang sesuai dan selamat di kawasan berbatu. Tiba di bawah pokok dipenuhi resam dan dinding batu yang dilalui tadi.


Maka kamipun cari di sekitar bawah pokok itu. Sayangnya tidak dijumpai sebarang peranti radiosonde. Mendongak semula ke payung terjun dan belon yang tergantung. Ternyata benang tersangkut dahan yang paling atas. Umpama ada sesuatu yang menahan atau benang tersimpul di sebalik dahan. Walaupun angin bertiup kencang payung dan belon tetap utuh bergantungan.


Kemudian cuba turnn ke bawah di kawasan gaung di bawah pokok belon yang tersangkut itu. Mencari di sekitar lantai hutan turut tidak menemui sebarang tanda. Mendongak ke atas pokok dan tebing batu jikalau ada yang tersangkut. Namun, tidak juga menjumpai peranti radiosonde yang dicari.


Kemudian mencari semula di bawah pokok. Radius kawasan pencarian semakin besar dicelah resam dan batu-batu. Akhirnya Zak 9M2ZAK jumpa serpihan polisterina radiosonde sahaja. Kami percaya monyet-monyet telah membawa lari radiosonde ke tempat lain. Serpihan yang dijumpai hanya kecil dan sedikit sahaja. 


Seterusnya percubaan untuk mengambil payung terjun dan belon. Mencuba beberapa kali namun gagal juga. Ia tidak boleh jatuh kerana telah terbelit dan tersangkut pada dahan pokok. Maka misipun berakhir dengan pulang semula ke pintu pagar Empangan Pontian. Misi berjalan selama 3 jam 33 minit masa keseluruhan yang diambil. Walaupun tidak berjaya menemui peranti radiosonde. Lokasi terakhir berjaya dikesan dengan penemuan payung terjun dan belon.











Koleksi video di atas diambil dan dimiliki oleh Zak 9M2ZAK. Perlu mendapat keizinannya untuk menggunakan video tersebut. Hayatilah bunyi latar belakang alam semulajadi yang hanya dapat didengari di dalam hutan sahaja.

Penghargaan kepada Zak 9M2ZAK dan Saiful 9W2DCW atas layanan sepanjang berada di selatan tanahair. Ada masa dan kelapangan boleh mencuba lagi memburu radiosonde bersama Team SAR Selatan yang Terbaik.

73, Jojet de 9w2dya

Stesen 9W2ATR Berjaya di Pukat


 Petang tadi berjaya memukat stesen 9W2ATR di tol Nilai. Marul 9W2ATR balik kampung di Melaka telah berjaya eyeball sebentar di plaza tol Nilai. Beliau dalam perjalanan pulang ke saltmine di Perlis. Kesempatan itu diambil penulis untuk memberi radiosonde kepada beliau.


Marul 9W2ATR merupakan satu-satunya stesen aprs yang aktif di Perlis. Beliau turut mengaktifkan auto-rx bagi radiosonde di Perlis. Berjaya mencapai belon Kota Bharu dan Bayan Lepas. Kesempatan ini membolehkan penulis memberi satu radiosonde untuk memudahkan menguji lari bagi auto-rx menerima isyarat radiosonde.


Setiap feeder radiosonde seharusnya memiliki sebuah radiosonde. Ini sangat berguna bagi menguji keupayaan sistem auto-rx radiosonde yang dibina. Pasti belon hantu akan muncul di Perlis selepas ini.


Sebenarnya, berjanji dengan Marul 9W2ATR berjumpa di plaza tol Nilai. Merujuk kepada stesen 9W2ATR-5 yang diaktifkan beliau. Mudahlah penulis memantau saat tiba ditempat yang dijanjikan. Tidak perlu bertanya jam berapa akan tiba. Sebaliknya kita boleh memantau di aprs yang berlaku secara real-time.

Selepas menyerahkan radiosonde dan berbual sebentar. Kamipun berpisah menuju destinasi masing-masing. Seharusnya setiap rakan ham harus mengaktifkan aprs bagi mengetahui kedudukan atau QTH terkini.

73, Jojet de 9w2dya

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...