QSO antara 9W2KKB bersama HS9PKT

Hari in jam lebih kurang 9.30 pagi semasa monitor di jalur transnasional Astra kedengaran audio siam antara 9W2KKB dan HS9PKT. Jadi tak fahamlah apa yang dibualkan. Rakan kita itu memancar dari Satun menggunakan pengulang Gunung Raya. Jadi tiada masalah rakan dari seberang untuk memancar dijaluran kerana berjiran dengan Langkawi. Seronok juga dengar sekali-sekala bahasa siam digunakan dijaluran boleh merapatkan hubungan sesama rakan ham pelbagai negara. Selalunya rakan dari Karimun dan Dumai yang memancar di jalur.
73, Jojet, 9W2DYA

1 comment:

  1. Kilo kilo bravo ...memang pandai ckp Siam...👍👍👍

    ReplyDelete

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...