Setahun sudah berlalu

Setahun sudah berlalu menjadi warga ham memang memberi sejuta pengalaman dan pengetahuan tentang teknologi komunikasi. Apa yang dapat disimpulkan bahawa dunia radio ini memang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan tersendiri tentang apa yang kita minat.Kepayahan menjawab RAE terubat bila callsign yang diidamkan dizahirkan membolehkan kita menggunakan jalur yang dikhaskan untuk radio amatur.
Setakat ini hanya dapat bekesimpung dalam VHF sahaja. Cita-cita untuk mendapatkan sebuah rig masih lagi dalam proses kerana kepentingan lain lebih diutamakan. Apa yang penting dengan sebuah handy bolehlah digunakan untuk monitor dan memancar. Kebanyakan hanya monitor sahaja, untuk memancar perlu memastikan yang rakan itu boleh menerima audio kita maklumlah hanya kuasa pancaran 5 watt sahaja. Kalau guna pengulang bolehlah qso dengan rakan-rakan. Simplex pula disaltmine adalah V47 Alam Damai, manakala di base V38 dan V66 Beranang Semenyih. Rakan-rakan kalau datang ke kawasan Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih, Beranang panggil-panggillah antara simplex ini pasti tidak mengecewakan. Tetapi bergantung pada masa dan hari itulah kerana rakan-rakan mungkin saltmine. jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...